Posted by aJi_boUghty on 10:16 PM

KAHERAH 29 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka berucap kepada dunia Islam dari dewan utama Universiti Kaherah di sini pada 4 Jun ini. Sebagai persiapan, pentadbiran universiti menangguhkan peperiksaan pelajar yang dijadual diadakan pada Khamis ini dan perkhidmatan keselamatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengambil alih kampus. Walaupun kedutaan AS di sini belum mengesahkan tempat Obama menyampaikan ucapan itu, pegawai Mesir berkata, Universiti Kaherah akan menjadi lokasi untuk Obama menyampaikan ucapannya dengan tujuan...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 2:11 AM

KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006. GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan. Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai. Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 2:26 AM

Komponen 'curcumin' juga bantu kurangkan berat badanWASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak. Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus. Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 10:34 PM

MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinya sebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melalui Internet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai dan laporan media. Maria Amelia Lopez, yang diperkenalkan kepada dunia blog oleh seorang cucunya, menggabungkan unsur humor dan nostalgia ketika mengenangkan kehidupan semasa pemerintahan diktator Francisco Franco, menjadikannya popular. ''Hari ini adalah hari jadi saya dan cucu saya yang sangat kedekut memberikan saya satu blog,'' tulis...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 10:23 PM

SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya populariti laman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umat Islam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan dan melakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta. Fatwa itu dikeluarkan selepas mesyuarat dua hari badan ulama di negara yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia. Sekitar 700 ulama bersetuju menyediakan draf garis panduan melayari Internet selepas menerima aduan mengenai Facebook dan beberapa laman web rangkaian...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 12:31 PM

Gadis 17 tahun jadi doktor DR. RIANA YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam. Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67. "Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini. Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 11:25 AM
> Assalamualaikum semua sahabat2 handai di meluruh Mesir dan Termasuk Malaysia,ana farihan helmy Bin Rasdi Pelajar Tahun 3 Kuliah Syariah Wal-Qanun Damanhur Syu'bah Syariah Islamiah ingin mengucapkan selamat berimtihan semoga kalian semua diberi kejayaan dalam imtihan kali ini dan seterusnya.> Kepada semua sahabat2,ana ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ana insan yang lemah secara sengaja dan tak sengaja terbuat salah pada sahabat2 semua khususnya sahabat2 di Damanhur Mesir..diharapkan sahabat2 semua dapat memaafkan ana,yang baik datang daripada Allah Taala, yang buruk dan salah itu datang daripada dari ana sendiri, hakikatnya semuanya daripada Allah Taala dengan kekuasaanya.>...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 11:21 AM

KERATAN Kosmo! semalam. KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu. Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 4:48 AM

Mesir anjur Islamic Idol KAHERAH 17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingi seorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon dan merenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringi alunan irama gendang. "Saya mengakui Allah sebagai Tuhan, agamaNya sebagai anutanku, dan PesuruhNya sebagai ikutanku," demikian lirik nyanyian yang didendangkan di depan penonton yang dipisahkan antara lelaki dan wanita. Pemuda ini adalah seorang peserta dalam rancangan realiti format American Idol versi Islam...
Read more »
Posted by aJi_boUghty on 2:45 AM

Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar KAHERAH 11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed Sayyed Al-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, Universiti Al-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakan lawatannya ke dunia Islam bulan depan. Kata Al-Tantawi, sebagai pusat ketamadunan Islam dan berhaluan sederhana, Al-Azhar adalah lokasi terbaik bagi Obama menyampaikan ucapannya kepada umat Islam seluruh dunia. Agensi berita Mesir,...
Read more »