Friday, March 27, 2009

perokok lebih hina dari lembu

sama dengan


Perokok lebih hina dari lembu: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama


dipetik dari akhbar metro 27bh mac 2009
Read more »

Wednesday, March 25, 2009

WANITA TERTUA DIDUNIA BERUMUR 130 TAHUN

Wanita berumur 130 tahun ditemui



SAKHAN DOSOVA


ALMATY - Beberapa pegawai Kazakhstan menyatakan mereka menemui seorang wanita, Sakhan Dosova yang akan menyambut hari kelahiran yang ke-130 tahun pada 27 Mac ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sakhan mungkin merupakan wanita tertua di dunia kerana manusia paling tua diiktiraf secara rasmi ketika ini ialah Edna Parker dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 114 tahun.

Nama Sakhan tercatat dalam satu bancian di Karaganda di utara Kazakhstan pada 1926 ketika dia berumur 47 tahun.

Dokumen pasport yang dimiliki Sakhan ketika Kazakhstan masih berada dalam Kesatuan Soviet menunjukkan dia dilahirkan pada 27 Mac 1879.

Kad pengenalan Kazakhstan yang dimiliki Sakhan turut menunjukkan tarikh lahir sama.

Kazakhstan merdeka dari Kesatuan Soviet pada 16 Disember 1991.

Dia yang mempunyai 10 anak dilahirkan pada tahun Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu.

Sakhan berumur 10 tahun ketika pemimpin Jerman, Adolf Hitler dilahirkan.

Wanita itu tinggal di sebuah flat bersama salah seorang cucunya dan masih sihat dan cuma menghadapi masalah pendengaran.

Ketika ditanya rahsianya menjaga kesihatan dia berkata: "Saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Saya tidak pernah mengambil pil dan jika sakit, saya menggunakan ubat tradisional untuk memulihkan saya. Saya tidak pernah makan gula-gula." - Agensi

Read more »

' LELAKI HAMIL ' BAYI KEMBAR

‘Lelaki’ hamil bayi kembar


Ruben Noe Coronado (kiri) bersama pasangannya menantikan kelahiran bayi kembarnya.


BARCELONA, Sepanyol - Lelaki boleh mengandung dan melahirkan anak. Pelik tapi benar. Seorang ‘lelaki’ Sepanyol yang dilahirkan sebagai seorang perempuan kini sedang hamil dan menantikan kelahiran cahaya mata kembarnya.

Menurut laporan akhbar, Ruben Noe Coronado, 25, mungkin adalah kes transeksual (menukar jantina daripada perempuan kepada lelaki) pertama yang bakal menjadi ‘bapa’ kepada sepasang kembar yang dijangka lahir pada September ini.

Laporan turut menyatakan, mengikut undang-undang Sepanyol, Coronado masih dianggap sebagai wanita.

Tahun lalu, seorang ‘lelaki’ Amerika, Tracy Lagondino menjadi lelaki transeksual pertama yang melahirkan anaknya sendiri.

Coronado yang sedang dalam proses mengubah sepenuh dirinya daripada seorang wanita kepada lelaki berhasrat untuk membuang organ jantina wanitanya sejurus selepas melahirkan anak.

Coronado akan membesarkan anak tersebut bersama pasangannya seorang wanita yang berusia 43 tahun. Malah mereka juga akan berkahwin setelah proses menukar jantina tersebut selesai. - Agensi

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Read more »

Friday, March 20, 2009

PAKAI SELUAR LONDEH KENA DENDA

Macam-macam: Denda pakai seluar londeh


CANBERRA: Seorang remaja Australia yang memakai seluar longgar dan tiada seluar dalam didenda selepas seluarnya londeh ketika seorang pegawai polis wanita sedang lalu di situ.

Trent Joseph Wroe, 19, didenda A$250 (RM600), dan diarah memakai tali pinggang, selepas kejadian pada 28 Februari itu di Mooloolaba di utara negeri Queensland, lapor akhbar Sunshine Coast Daily.

Polis memberitahu mahkamah majistret bahawa Wroe sengaja mendedahkan buntutnya, tapi menurutnya dia memakai sepasang seluar yang dipinjam yang terlalu besar dan terlondeh pada tempat dan masa yang silap. - Reuters

Read more »

Thursday, March 19, 2009

PELIK TAPI BENAR

Uji Diri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Erm, kali ini saya nak test sahabat-sahabat. Caranya mudah, kamu semua hanya perlu ikut arahan yang ada pada rajah di atas.Apa yang terjadi? Ok, selamat mencuba....ila liqa'
(^ -)v.

Wassalam
Read more »

Wednesday, March 18, 2009

happy birthday Farihan Helmy


Majlis ni diadakan pada pukul 2.30 ptg di syaqah 1 imarah Amarika pada hari Isnin16hb March 2009. Dari kiri Al-Hafish, Asif, saya, Saiful Adli dan Yusri sedang menikmati kek hari jadi.

Turut meraikan majlis ni dri kiri Zul fikar, Fadzil, Azmer Hisyam, dan Hafiz Omar. Menu utama majlis Hari Jadi Farihan ini ialah ayam masak paprik, daging kerabu, daging asam pedas, jus stawberi susu dan tidak ketinggalan kek hari jadi.
Read more »

Monday, March 16, 2009

NAIB JOHAN ISLAMIC MANAGEMENT


hadiah disampaikan oleh Pengerusi DPMD
Read more »

NAIB JOHAN PERTANDINGAN TEA TARIK


drp BP angkat PMRAM naib johan tea tarik

tengah buntu nk buat gaya ape ni,biase la peserta2 sblm ni poyo sikit,haha

pikir seribu kali gk nk buat gaya ni,takut tumpah,tolak 1000 markah
Read more »

KUMPULAN MANGGA JOHAN NASYID MINDA 09 DPM DAMANHUR



Read more »

JOM KE KULIAH!

video
Read more »

Tuesday, March 10, 2009

SUBANG DAN CINCIN EMAS ERA FIRAUN DITEMUI DI LUXOR MESIR

Subang, cincin emas era Firaun ditemui


GAMBAR menunjukkan lima subang dan dua cincin emas ditemui dalam sebuah makam di Luxor, Mesir.


KAHERAH - Pegawai-pegawai Mesir menyatakan sekumpulan pakar arkeologi menemui barangan kemas era Firaun di dalam makam seorang pegawai kanan yang berkhidmat semasa pemerintahan ratu paling berkuasa di Mesir.

Majlis Agung Antikuiti berkata, lima anting-anting emas dan dua cincin ditemui di dalam makam Gahouti iaitu ketua perbendaharaan di bawah Ratu Hatshepsut, yang memerintah Mesir pada 3,500 tahun lalu.

Satu kenyataan semalam memberitahu bahawa makam itu terletak di tebing barat Sungai Nil di Luxor, bandar raya di selatan Mesir yang terkenal kerana terdapat banyak lokasi peninggalan sejarah termasuk Lembah Raja dan binaan lain.

Menurut kenyataan itu lagi, makam tersebut sudah disamun dan pada pintu-pintu pagarnya tertera teks tulisan daripada Buku Kematian yang dipercayai oleh masyarakat Mesir kuno sebagai penting dalam kehidupan selepas mati. - AP

Read more »

Thursday, March 5, 2009

8 MARCH 2009 : SELAMAT HARI LAHIR FARIHAN HELMY RASDI


8 MARCH 2009


8 MARCH 2009
Read more »

Sunday, March 1, 2009

SERANGAN BOM DI RAILWAY STATION CAIRO


Railway Station Ramsis Cairo
Perkarangan luar railway station Ramsis Cairo.

Suasana di dalam raily station Ramsis

Bom meletup di stesen kereta api Kaherah


KAHERAH: Seorang lelaki melempar sebutir bom di stesen kereta api bandar raya ini yang sesak dengan orang ramai dan penumpang, tetapi tiada dilaporkan cedera.

Sumber berkata, penyerang terus melarikan diri dan setakat ini tidak diketahui motif serangan itu.

Serangan ini kurang seminggu daripada kejadian letupan bom di kawasan tumpuan pelancong di bazar Kaherah menyebabkan seorang pelancong remaja Perancis terbunuh.


Jumaat lalu pula, seorang guru berbangsa Amerika cedera di muka selepas diserang seorang lelaki Mesir, juga di kawasan tumpuan pelancong di tengah Kaherah.

Media Mesir melaporkan, penyerang terbabit memberitahu polis dia membenci warga asing dan marah dengan tindakan terbaru regim Israel menyerang Semenanjung Gaza. - Reuters

sumber dipetik drp : BHARIAN 1 march
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz