Friday, May 29, 2009

> Obama berucap di Universit Kaherah

KAHERAH 29 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka berucap kepada dunia Islam dari dewan utama Universiti Kaherah di sini pada 4 Jun ini.

Sebagai persiapan, pentadbiran universiti menangguhkan peperiksaan pelajar yang dijadual diadakan pada Khamis ini dan perkhidmatan keselamatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengambil alih kampus.

Walaupun kedutaan AS di sini belum mengesahkan tempat Obama menyampaikan ucapan itu, pegawai Mesir berkata, Universiti Kaherah akan menjadi lokasi untuk Obama menyampaikan ucapannya dengan tujuan memulihkan hubungan AS dengan dunia Islam.

Jurucakap universiti, Sami Abdel-Aziz berkata, sudah '90 peratus' pasti Obama akan berucap di kampus yang terletak dekat sebuah dataran yang dikeliling pohon palma di tebing barat Sungai Nil.

Kampus yang pernah menjadi medan protes pelajar prodemokrasi itu akan menjadi latar belakang simbolik yang dikaitkan dengan pendidikan liberal Arab untuk Obama menyampaikan ucapannya.

Antara lepasan Universiti Kaherah ialah penulis yang memenangi Hadiah Keamanan Nobel, Naguib Mahfouz.

"Ia merupakan simbol fahaman liberal di Mesir. Pelajar dihantar ke Eropah untuk mendapat ijazah sarjana muda dan kembali mengajar di sini.

"Universiti ini dimaksudkan sebagai tingkap kepada dunia," kata penulis Mesir, Ali Salem.

Universiti Al-Azhar turut termasuk dalam senarai pendek untuk dipertimbangkan sebagai lokasi Obama menyampaikan ucapan, tetapi pegawai keselamatan Mesir berkata, kawalan keselamatan lebih mudah diperketatkan di Universiti Kaherah berbanding Al-Azhar. - AP

dipetik dari utusan malaysia 30 Mei

2 comments:

firdausahmad said...

pas die berucap, jemput die dtg imaroh amerika lak....

firdausahmad said...

pas die berucap, jemput die dtg imaroh amerika lak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz