Friday, June 26, 2009

Doakan Daku

27 Jun 2009 pukul 1.24 pagi..hari sabtu..

Tanggal 25hb Julai 2009 ni.. insyaallah jika diizinkan Allah Taala..saya akan menunaikan umrah..semua perancangan sudah diatur dn disusun rapi..cume skg ni tgh menunggu masa jer nk berlepas..untuk pengetahuan sahabat2ku di Malaysia..sahabat2ku di Taiping..dn dimana jugk yg kome berada skg..dan tak lupa juga sahabat di Mesir..Doakan saya mudah2an hajat dan niat dihati untuk menjejak kaki di tanah suci akan termakbul..dan terlaksana dgn baik.. mudah2an Allah Taala mmberikan kesihatan dan keselamatan sepanjang saya dan sahabat2 lain sepanjang berada di Tanah Suci mekah nnti..

Kepada semua sahabat2 saya di Malaysia, Mesir dan dimana2 jgk..saya Farihan Helmy Bin Rasdi ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yg saya lakukan kepada sahabat2 semua..mudah2an sahabat2 dapat memaafkan saya..semua kekurangan dan kelemahan dtg dri diri ini..dan saya tak akan lupa doakan kalian semua di Tanah Suci nnti..

Semua perancangan ditangan manusia..hanya Allah Taala yg menentukan segala2nya..doakanlah saya mudah2an niat ikhlas dihati nk menunaikan umrah tercapai dan berjalan dgn lancar tanpa ada masalh..Kepada keluarga di Taiping..doakan anakanda disini..dan syukran kepada ibu bapa yg banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan kepada anakanda..

Ya Allah..makbulkan impianku untuk menunaikan umrah..amin...


Read more »

Thursday, June 4, 2009

tercapai gak nk mkn Laksa




assalamualaikum sahabat2 sume..sje je nk story sikit kt sahabat2..yer la tgh boring giler mlm nih..xtau nk wat pe..nk membaca untuk imtihan ni rase berat jer mlm ni..skg ni dah pkul 12..15 mlm mesir..klo kat malaysia pkul 5.15 pagi..kalau kat Riau pkul 4.15pgi..

Lps solat isya' td..tercapai jugak hasratku nk makan LAKSA..bukan tak penah mkn..penah jew..tpi sejak duk mesir ni jadi mengidam plak makann2 kt msia..cendol la..rojak la..pe2 la lagi..mcm2 ler..
nk tau sape buat?haha biase la..ahli baitku..Al-hafish..nk harapkan yg lain tu nk buat laksa..sampai bila la aku ble dpt rase..sume malas..klo turn masak jer sume nk masak yg mudah2 jer..hehe



Gmbr yg aku upload ni gmbar copy jer..bukn gmbr yg sbnr yg hafish buat td,sume dlm perut dah..td btul2 aku makan sampai 2 pinggan..haha2..jgn cemburu plk..lps ni teringin plak nk rase Laksa Masakan anak sulung Umi Faridah Binti Mat Saman..teringin sgt3..tau je dia sll mask kt umah..em

Maaf la..xde pe nak story kt korg sume..nnti kata aku tak update blog plk..klo update mengata plak mcm2..klo nk komen tu..komen yg baik2 sudah la..

kepada kwn2 di imarah atas tu..sori la aku tak ajak korg sume..korg kn pandai masak..msk sendiri la ek..hoho3..k la..nk bc sikit lgi..lps ni nk tido..k bye2..salam...

selamat maju jaya dlm imtihan ni..semoga kita sama2 mndpt kejayaan..ameen..
Read more »

Wednesday, June 3, 2009

> Salam rindu anakanda dari Damanhur Egype

Assalamualaikum, 04 Jun 2009, Khamis masa 05.50 pagi jam mesir saya menulis artikal ni..entah la,tetibe je rase sunyi pagi ni..xmcm selalu..imtihan akhir tinggal 7 hari jer lagi..trase berdebar2 je, tetibe je teringat ayah, emak, abang2, kakak2 dan adik2 tercinta di tahan air..rase rindu sgt..gambar ni sahaja yang sempat anakanda ukirkan buat tatapan keluarga tercinta di Malaysia..

Emi tak dapat pulang tahun ni, kepada ayah, emak, yop, akak, abang, chik, uda, ani, kak yang, mamat, fitri..emi amat merindui korang semua..semoga sihat sentiasa dan ceria selalu..emi disini selalu doakan keselamatan dan kesihatan ayah, mak dan semua di Malaysia..doakan kejayaan emi di sini..

selamat menjalani hari2 yg mendatang..semoga sihat selalu..




Read more »

Friday, May 29, 2009

> Obama berucap di Universit Kaherah

KAHERAH 29 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka berucap kepada dunia Islam dari dewan utama Universiti Kaherah di sini pada 4 Jun ini.

Sebagai persiapan, pentadbiran universiti menangguhkan peperiksaan pelajar yang dijadual diadakan pada Khamis ini dan perkhidmatan keselamatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengambil alih kampus.

Walaupun kedutaan AS di sini belum mengesahkan tempat Obama menyampaikan ucapan itu, pegawai Mesir berkata, Universiti Kaherah akan menjadi lokasi untuk Obama menyampaikan ucapannya dengan tujuan memulihkan hubungan AS dengan dunia Islam.

Jurucakap universiti, Sami Abdel-Aziz berkata, sudah '90 peratus' pasti Obama akan berucap di kampus yang terletak dekat sebuah dataran yang dikeliling pohon palma di tebing barat Sungai Nil.

Kampus yang pernah menjadi medan protes pelajar prodemokrasi itu akan menjadi latar belakang simbolik yang dikaitkan dengan pendidikan liberal Arab untuk Obama menyampaikan ucapannya.

Antara lepasan Universiti Kaherah ialah penulis yang memenangi Hadiah Keamanan Nobel, Naguib Mahfouz.

"Ia merupakan simbol fahaman liberal di Mesir. Pelajar dihantar ke Eropah untuk mendapat ijazah sarjana muda dan kembali mengajar di sini.

"Universiti ini dimaksudkan sebagai tingkap kepada dunia," kata penulis Mesir, Ali Salem.

Universiti Al-Azhar turut termasuk dalam senarai pendek untuk dipertimbangkan sebagai lokasi Obama menyampaikan ucapan, tetapi pegawai keselamatan Mesir berkata, kawalan keselamatan lebih mudah diperketatkan di Universiti Kaherah berbanding Al-Azhar. - AP

dipetik dari utusan malaysia 30 Mei

Read more »

Thursday, May 28, 2009

> Masih banyak makanan guna asid borik



KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006.


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

dipetik dari KOSMO 27 Mei

Read more »

Sunday, May 24, 2009

> Kunyit bantu turunkan lemak



Komponen 'curcumin' juga bantu kurangkan berat badan

WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.

Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.


“Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

“Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak,” kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.

Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.

Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.

Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.

Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.

“Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.

“Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu,” katanya. - Agensi

> dipetik daripada berita harian
Read more »

Friday, May 22, 2009

> Blogger tertua meninggal dunia


MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinya sebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melalui Internet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai dan laporan media.

Maria Amelia Lopez, yang diperkenalkan kepada dunia blog oleh seorang cucunya, menggabungkan unsur humor dan nostalgia ketika mengenangkan kehidupan semasa pemerintahan diktator Francisco Franco, menjadikannya popular.

''Hari ini adalah hari jadi saya dan cucu saya yang sangat kedekut memberikan saya satu blog,'' tulis Lopez pada cerita pertama di dalam blognya iaitu amis95.blogspot.com pada 23 Disember 2006.

Blog warga emas itu dengan pantas mengecap populariti setelah media melaporkan ia dikunjungi lebih 1.5 juta pengunjung. Blog itu juga membolehkan Lopez bertemu Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero, yang disokongnya secara terbuka.

Pada musim panas, nenek itu biasanya menulis blog daripada rumahnya di tepi laut dekat Muxia, barat laut Sepanyol, itu tempat kelahirannya pada 1911 dan dari rumah ladang di Galician di mana dia tinggal sepanjang tahun bersama cucunya, Daniel.

Blog Lopez menyentuh mengenai masalah kesihatan peribadinya, daripada pertemuannya dengan doktor disebabkan pening sehinggalah pandangannya terhadap peristiwa-peristiwa terkini; daripada keganasan puak pemisah Basque hinggalah kepada dakwaan angkuh nuklear Iran.

Dia akan menulis blog tanpa mengikut masa, kadang-kadang seminggu sekali atau setiap hari dengan bantuan cucunya disebabkan masalah katarak yang membataskan penglihatannya. - AFP

> dipetik dari utusan Malaysia
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz