1. Memohon pertolongan daripada Allah SWT secara berterusan dalam melaksanakan tugas yang berat ini.
2. Ingat selalu terhadap objektif dan matlamat pengajaran dan hasil dari pengajaran yang akan diperolehi nanti.
3. Gigih dan tekun dalam mengajar.
4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang pendidik.
5. Timbulkan rasa kasih sayang dan suka terhadap murid dan rapat dengan mereka tetapi bersikap tegas.
Langkah-langkah khusus hari pertama mengajar:
1. Anda melangkahkan kaki anda ke dalam kelas sebagai seorang yang serius, teguh, tenang dan tidak bersikap gementar, risau atau takut.
2. Anda menzahirkan air muka dan wajah anda sebagai seorang yang serius tetapi tenang, tidak terlalu suka dengan senyuman dan tidak terlalu garang dengan kemarahan. Dengan ini murid akan berasa takut kepada anda pada peringkat permulaan dan menyebabkan mereka mahu belajar dengan baik dan tidak berani melakukan perkara lain walaupun sesaat. Seolah-olah anda telah menguasai mereka.
3. Mendiamkan diri terlebih dahulu beberapa saat atau memulakan percakapan dengan tenang dan jelas berdasarkan keyakinan anda yang tinggi. Apabila anda diam terlebih dahulu, maka kelas pun akan menjadi senyap kerana murid baru pertama kali melihat dan mengenal diri anda. Apabila anda melihat ada murid bergerak ke sana sini, anda bolehlah menegur mereka terlebih dahulu.
4. Pastikan gaya dan cara percakapan anda teratur dan sedap didengar dan tidak terputus-putus atau gagap. Murid akan menilai diri anda berdasarkan gaya percakapan anda. Pada hari pertama ini, eloklah dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid dan guru.
5. Memberikan sepenuh perhatian mata anda kepada semua murid sama ada ketika bercakap atau diam. Jangan hanya memandang kepada seseorang atau sekumpulan murid sahaja. Ini akan memberikan peluang kepada individu atau kumpulan murid yang tidak diberikan perhatian membuat perkara-perkara yang tidak berkaitan.
6. Selepas bercakap dengan nada yang serius, anda bolehlah sedikit demi sedikit menzahirkan senyuman di wajah anda. Ini adalah supaya untuk mengambil hati murid dan tidak menyebabkan mereka rasa keluh kesah atau tidak senang hati terhadap anda.
7. Adalah penting bagi anda pada hari pertama ini anda bersikap tegas dengan mengawal keadaan disiplin di dalam kelas. Jangan beri langsung peluang kepada murid untuk bermain-main dan membuat bising. Apabila anda bijak berinteraksi dengan mereka, anda akan mampu mengawal kelas tersebut. Jika tidak, kelas itu akan menjadi tidak terkawal.
8. Selepas anda memperkenalkan diri anda, anda boleh meminta setiap murid memperkenalkan diri mereka pula. Jangan lupa mengucapkan kata-kata pujian dan semangat kepada mereka.
9. Menyesuaikan pengajaran dan percakapan anda dengan peringkat umur yang berbeza. Ini adalah kerana setiap tahap mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Cara membuka hati seseorang adalah berbeza walaupun pada prinsip asanya adalah sama.
Mungkin ada pembaca yang bertanya: "Adakah kita berada di medan peperangan?" Ya, memang boleh dikatakan sedemikian, tetapi ia adalah medan peperangan yang menyeronokkan, atau baru di permulaan perang sahaja, tetapi kemudian ia akan menjadi satu kerja yang paling menyeronokkan di dunia ini.
0 comments:
Post a Comment