Wednesday, September 16, 2009

Berita Baik Buat Pelajar STAM

Lulusan STAM boleh masuk IPTA


MUHYIDDIN berkata sesuatu kepada Yusof Noor (dua dari kanan), Jamil Khir dan Khaled Nordin (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, katanya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyelaras kurikulum pengajian Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Agama serta Fardhu Ain (KAFA) bagi mengelak pertindihan.

"Jawatankuasa yang dibentuk diberi tanggungjawab untuk meneliti antara lain (soal) mengelak pertindihan termasuk berkaitan kurikulum pembelajaran pengajian Islam yang sedang dilaksanakan sekarang dan apa yang terkandung di bawah KAFA.

"Ini termasuk soal tenaga pengajar dan kelayakan guru yang mengajar, soal pensijilan dan akreditasi, selain meneliti soal infrastruktur, kelengkapan pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam sama ada di sekolah kebangsaan atau di KAFA sendiri,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai hala tuju pengajian aliran agama di sini semalam.

- dipetik dari Kosmo 16hb 9 2009



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz