Friday, May 6, 2011

> Jeriji kena kerat



IPOH: 6hb 5 2011, Bilangan pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir, yang menjadi mangsa rakus penjenayah tempatan terus meningkat apabila dalam kejadian terbaru semalam, sekumpulan pelajar Selangor turut dirompak dua lelaki Arab yang memecah masuk rumah sewa mereka.

Kejadian ketika mangsa yang tinggal di kawasan Suq Sayyarat, Kaherah, sedang lena tidur bersama rakan lain tanpa menyedari rumah mereka menjadi sasaran dua penjenayah.


Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, suspek didapati memotong besi jeriji pada tingkap rumah sewa mangsa.

“Suspek kemudian menyusup masuk ke dalam rumah sewa pelajar Selangor itu sebelum menggeledah rumah berkenaan tanpa disedari penghuninya.


“Salah seorang mangsa hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 4 pagi ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh. Mangsa yang melalui ruangan dapur mendapati pencuri sedang tergesa-gesa keluar melalui tingkap dapur yang dipotong,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang berada dalam keadaan panik terus memberitahu rakannya dalam usaha untuk menangkap pencuri berkenaan. “Malangnya pencuri itu sempat melarikan diri bersama dua komputer riba, satu telefon bimbit dan wang tunai kira-kira LE1500 (RM750) milik mangsa,” katanya.


Read more »

Thursday, May 5, 2011

PMRAM bantah Medic's Got Talent

Sepertimana yang dijangkakan hari ini akan diadakan acara akhir pertandingan Medic's Got Talent yang akan dilangsungkan di Mansurah. Beberapa pelajar Malaysia lelaki mahupun wanita ,ada yang berkumpulan ,berduet dan solo turut menyertai pertandingan ini.

Pihak Hisbah PMRAM sangat tidak bersetuju dengan perkara ini dan membantah acara seperti ini dengan sebab-sebab yang munasabah. Mahasiswa-mahasiswa yang akan pergi menyertai acara ini atupun yang akan bersama-sama menonton diharap dapat membatalkan niat anda supaya tidak pergi ke acara itu.

Kedatangan setiap individu ke acara itu menunjukan sokongan anda kepada acara itu yang sebenarnya tidak mencerminkan budaya Melayu dan Islam. Jika sambutan dan sokongan yang memberangsangkan dicapai pada tahun ini, kemungkinan besar pada tahun hadapan akan dilakukan pertandingan seperti ini yang lebih besar dan lebih memudaratkan pemikiran mahasiswa , dan akhirnya bumi Mesir akan dilabelkan sebagai tempat yang melahirkan mahasiswa yang gilakan hiburan ,tidak pula berbakat dalam bidang ilmu islam ataupun kemahiran amal islami.



Pihak Hisbah PMRAM menolak sekeras-kerasnya kewujudan pertandingan seperti ini dan kami menyeru kepada semua mahasiswa yang sedar tentang kebejadan yang berlaku di bumi Mesir ini supaya dapat bersama mendirikan Solat Sunat Hajat dan berdoa supaya sahabat-sahabat kita yang menyertai petandingan ini akan mendapat hidayah dan menjauhi perkara-perkara yang boleh melalaikan kita sebagai seorang muslim. Allahu Akbar.

UNIT PENERANGAN
HISBAH PMRAM 10/11

dipetik dari : http://hisbahpmram.blogspot.com/
Read more »

Sunday, May 1, 2011

> bakar ayam siri 1 sempena exam

nampak best kn? seorg separuh tau..biase la duk mesir..ramuan ni dibuat khas
oleh hafish z..sedapp

ni mkn untuk 10 orang..maaf le duk umah ni mcm2 progrm plk sll wt..
ni pun sempena nak exm..lps ni ade plk bakar ayam siri ke2dan ke3, nantikan lah :-)

?

xsabarnyer.........adoyaiiiii


ni pengarah program bakar2 mlm tdi, sori yuk..


sori la yerk klo sape2 yg tak dijemput tu, buat kecil2an jer..
nti klo buat besar2an,mmg kami jmput 1damanhur


msti korg ckp hangit kn? ni bukan hangit ler, ayam bakar mmg mcmni..sedap o..
cube klik kt gmbar ni dn perhatikan..hehe
Read more »

Friday, April 29, 2011

> Drebar teksi acu pistol

IPOH: Siri serangan dan rompakan terhadap pelajar Malaysia di Mesir kian membimbangkan apabila terbaru, dua pelajar diacukan pistol oleh penjenayah berpeleseran menaiki teksi sebelum disamun.

Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, dua pelajar dari Selangor dirompak berhampiran kawasan Bawabah 3 menuju ke Hayyu Sabi, Kaherah.


Difahamkan, dalam kejadian itu, penjenayah yang memberhentikan teksi hitam berhampiran mangsa mengacukan pistol sebelum memaksa mangsa menyerahkan pasport dan telefon bimbit mereka.

“Penyamun kemudian memaksa pelajar terbabit mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan balik barang berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.


Kes jenayah itu adalah yang terbaru selepas kompleks asrama pelajar Terengganu di Mesir dipecah masuk dua penjenayah lelaki Arab yang melarikan telefon bimbit dan kamera digital milik pelajar pada Jumaat lalu.


Kejadian berlaku ketika pelajar lelaki sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat tanpa menyedari kompleks asrama itu dipecah masuk penjenayah. Kejadian di tingkat lima asrama disedari seorang pelajar lelaki sebelum menyergah kedua-dua penyamun berkenaan yang sedang menggeledah salah sebuah unit kediaman.

Akibat panik, penyamun terus melarikan diri dan hanya sempat merampas sebuah telefon bimbit dan kamera digital dengan meninggalkan empat guni penuh berisi pakaian dan barangan milik pelajar yang mahu dilarikan.


Susulan kejadian jenayah membabitkan pelajar Malaysia yang semakin meningkat itu, pihak PMRAM menasihati pelajar supaya lebih berhati-hati dan digalakkan menaiki bas awam beramai-ramai untuk mengelak daripada disamun.

dipetik dari : Harian Metro 30hb 4 2011

Read more »

> Mesir buka sempadan Palestin



Dubai 29 April – Mesir akan membuka sempadan Rafah ke Palestin secara kekal bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza, kata Menteri Luarnya, Nabil al-Arabi dalam satu wawancara dengan al-Jazeera hari ini.

Beliau berkata, Mesir juga akan melakukan beberapa langkah penting bagi melonggarkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Katanya, Mesir tidak lagi akan menyekat satu-satunya lintasan ke Palestin itu selepas mengakui tindakan negaranya menutup sempadan itu sebagai ‘memalukan’.

Mesir menutup sempadan Rafah pada kebanyakan masa dan hanya akan membukanya untuk laluan kes-kes kemanusiaan tertentu dari Genting Gaza.

Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza pada 2006 sebelum mengetatkan lagi sekatan pada 2007 apabila Hamas menguasai wilayah tersebut daripada tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Sejak 2007, kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan Gaza bagi membawa masuk barangan keperluan mereka.

Kebanyakan terowong tersebut digunakan untuk membawa masuk barangan asas seperti makanan, barangan keperluan rumah, bahan binaan dan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan pejuang lain didakwa sering menyeludup masuk senjata dan wang melalui terowong sama.

Satu perjanjian 2005 yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) menetapkan Pihak Berkuasa Palestin dan Israel bertanggungjawab ke atas Rafah dengan pengawasan Kesatuan Eropah (EU).

Read more »

Wednesday, April 27, 2011

BERITA TERGEMPAR..!!


Assalamualaikum w.b.t, berita sedih dan mengejutkan buat saya dan ahli bait Teratak Azhari, ceritanya begini..4 hari lepas, pemilik imarah ( bangunan ) ini, Ahmad Said Mohandis, imarah yang dulu dikenali sebagai imarah ustaz muzakkir dan sekarang diberi nama imarah Amerika datang berjumpa dengan saya, waktu tu semua ahli bait tgh tidur lagi, berita yang saya dengar ni betul2 memeranjatkan saya dan ahli bait yang lain, pemilik bangunan ni bgtau yang sewa rumah ni akan dinaikkan kepada LE800 daripada LE650 pada asalnya.

Berita yang saya dengar ni betul2 menyebabkan saya naik angin dan berlakulah sedikit pertengkaran mulut saya dengan pemilik bangunan hari tu, nak dijadikan cerita pemilik bangunan ( kami panggil baba je) tetap dengan keras kepalanya dan tidak berperikemanusiaan menjawab kenaikan sewa ni muktamat, alasanya sebab barang semuanya mahal sekarang..itu je alasanya.

Petang tu saya bgtau ahli bait semua, semuanya tercengang mcm ada hantu kak limah lalu depan depa jer, malam tu jgk kami buat mesyuarat ahli bait, setelah ditolak, dicampur,dikali dan dibahagi, satu kepuusan sudah disepakati, apa dia??
Untuk nak mengajar baba yang zalim ni, kami bersepakat kami nak keluar dari rumah ni, ( dikenali teratak azhari )hanya tinggal kenangan, rumah ni tersenarai rumah paling strategik,paling dekat dengan kuliah, paling besar dan diiktiraf paling cantik dalam pertandingan islamic villa, tapi apakan daya, keputusan sudah dicapai, kami akan kosongkan rumah ini selepas exam ni.

Jadi kepada sahabat2 saya di damanhur ini, khususnya dimantiqah tepi kuliah, satu pengumuman yang saya nak sampaikan pada kalian semua, saya FARIHAN HELMY BIN RASDI selaku bendahari agong dalam rumah ini, sesiapa sahaja yang berkenan dan berminat barang2 yang ada dalam rumah ini, contohnya karpet,tv,computer,kipas,barang dapur,mesin basuh dan pelbagai lagi, silalah ambillllllllllllll, bila??????? bukan sekarang.!!!! selepas je Exam fasa 2 ini selesai, kalau korang tak nak, kami nak lelong kat BEKIYAK..

Teratak Azhari dalam kenangan, saya akan ingat kenangan2 yang pernah berlaku dalam rumah ini dengan ahli2 bait sampai bila2..dulu imarah Amerika betul2 meriah, dari tingkat 1 sehinggalah tingkat 7, semuanya orang Malaysia, selepas ini sunyi sepilah tepi kuliah ni, kami seua dah muak, tak tahan, pening, sakit hati, ape lagi??? korang tambah la sendiri ~ dgn perangai dan sikap baba yang kedekut,ingat kami ni tauke beras ker? ape2 pun rumah ni batul2 nak dikosongkan, yer lah lagi pun ahli bait ni semuanya tahun akhir belaka, doakan kami najah semuanya yuk, ameen...jumpe lagi..k
Read more »

Cubaan kedua : Kek Pandan : jadi


Cubaan kedua saya, kek pandan ~ syukran pada kwn2 yang memuji..walaupun nampak mcm entah ape2 je..tpi rasa dia btul2 sedap wlupun kwn bagi B+..iallah nti nk cube wt kek coklat plk
tpi nk cari serbuk coklat kat mesir ni mcm susah jer ~



atas tu sj jer letak ros ~ sj jer nk nampak cantik ~
tpi tak cantik pun ~ xkisah ler..






naik molek kn? hehe pada kwn2 yg terliur tu sory la ~ sj nk cube2 buat..
dok umah terase bosannyer..

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz