Monday, September 14, 2009

> SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.

kepada Ibu Bapa saya, Rasdi Bin Sulaiman dan Faridah binti Mohamad, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya Idul Fitri semoga diberikan kesihatan dan dipanjangkan Umur.



Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir Batin.


Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri pada semua
dan Maaf Zahir Batin
.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam pembikinan adob semoga sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki. Kepada sahabat2 saya di Seluruh Mesir, di Malaysia dan dimana jua, saya nk memohon ribuan kemaafan kepada semua andaikata saya ada
terlanjur perbuatan, tersalah kata dan sebaginya kepada sahabat2 semua
secara sengaja ataupun secara tak sengaja, semoga hidup saya
dan kalian semua diberkati oleh Allah Taala. Sekali lagi
saya menyusun10 jari memohon kemaafaan dari
hujung rambut sampai hujung kaki.
Ikhlas
Read more »

Sunday, September 13, 2009

koleksi gambar di Tanah Haram

Perkuburan Baqi' di Madinah,
Perkuburan Baqi' yang padat sentiasa ada ruang walaupun setiap hari ada saja
orang meninggal dunia. Sepanjang saya berada di Madinah, setiap waktu ada sahaja orang meninggal Dunia.

Sesiapa sahaja yg meninggal dunia di Madinah akan dikuburkan di Baqi'
Perkuburan Baqi' betul2 disebelah kiri Masjid Nabawi Di Madinah. Disini juga terdapat Makam Saidina Usman Bin Affan dan Para sahabat yang lain.

Inilah kilang mencetak naskah Al-Quran di Madinah, kilang mencetak terbesar Dunia. Dapat free senaskah Al-Quran bagi sesiapa yang melawat kilang ini.
Al-Quran yang akan di wakaf dan di eksport ke Serata Dunia.


Sekarang saya berada di tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W di Jabal Uhud di Madinah semasa Nabi Muhammad S.A.W tercedera semasa Perang Badar, sehingga skrg terdapat bau wangi dupercayai kesan daripada darah yang Nabi yang mengalir dibatu tersebut, saya sendiri yang membaunya,mmg betul2 wangi tau,wangi ni mmg lain daro yang lain lah, kalo nak tahu pegi la ziarah disini.


Kurma Ajwah yang berharga SR100, mahal betul..


Didalam Masjid Quba'..masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah S.A.W di Madinah.


Ni la Hotel Dar Uhud Al-jadid tempat kami menginap di Madinah selama 8 hari, jauh hotel ni ke Masjid Nabawi 17 minit.


Bersama sahabat2ku di tingkat atas Masjidil Haram.
Read more »

selamat bertemu kembali

Dari kiri Dr Nash dari Kuliah Perubatan Alex,
Al-Fadhil Ustaz Syukor Al-Makki dan saya kat tingkat atas skali Masjidil Haram
selepas solat Subuh 26hb Ogos 2009



Assalamualaikum, bersua kembali selepas sekembalinya saya dari menunaikan ibadah umrah, alhamdulillah segala puji bagi Allah Taala pencipta sekelian alam, setinggi-tinggi syukur kehadrat ilahi dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan disana walaupun sepanjang di tanah Haram setiap waktu solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ada je orang meninggal dunia, kadang2 teringat diri ni yang banyak dosa dan serba kekurangan, macamne la nk menghadap Allah nanti..mudah2han mati dalam iman.

Alhamdulillah walaupun dah 2 minggu saya smpai sini, tapi terasa mcm baru jer balik dari umrah smlm, maaf la kawan2 sbb lamer tak cagho ( ckp org kelantan ) pasal blog ni, rase2 last saya antar blog 27 Julai 2009, pe2 pun syukran awi2 saya ucapkan pada sahabat2 semua yg sll berdoa sepanjang saya kat sana, doa2 yang sahabat2 kirimkan pada ana dah pun doakan kat sane, kt tempat mustajab lagi..

walaupun dah balik 2 minggu lepas lagi,entah la raser mcm dah tak nak main blog jer lagi, malas dah nak post pe2 lagi, tapi memandangkan adik beradik yg nk tgk, kena la post..maaf la pada kawan2 yg sll mengunjung blog saya yg tak seberapa ni..i'allah lepas ni ana akan kirimkan post lagi..tunggu lah..tgh semangat nak main blog balik ni..

k lah..orang dah qamat ni, nak solat asar dulu, bersua lagi..

assalamualaikum.
Read more »

Monday, July 27, 2009

> Mekah


Kota Mekah Tahun 2020
Read more »

> Buat Sahabat2ku Semua..

27 Julai pukul 12.05 tghri,

assalamualaikum, mungkin ni post saya yang terakhir kot sblm nk berangkat ke Tanah Suci ni..skg ni kt damanhur lagi..setelah 3 kali tangguh daripada tarikh asl 25hb julai hari sabtu, bwk ke hari Isnin 26 Julai dan skg ni bersyukur sgt3 pd Allah Taala sbb tarikh nk berangkat dah diputuskan pada hari 29hb Julai 2009 hari rabu masa 1.00 tghri..saya dah pn call ust Najmuddin dan dia pn dah bgtau yg tiket semua dah beli..

Esok Selasa hari saya berangkat ke Kaherah sblm bertolak keesokannya..semua diminta berkumpul di Mator Kaherah, group kami seramai 23 org dibawah dibwh kelolaan Ust Najmuddin travel..2 org dari Damanhur iaitu saya dan sahabat saya Ust Mukhlis, selebihnya pelajar perubatan dan pelajar Tanta..Kemungkinan saya dan Ust Muhklis akan bertolk dari Ashir naik texsi jer..

Kepada sahabat2 ade kirimkan doa tu I'allah ana akan sampaikan hajat sahabat semua..doakan saya dan sahabat2 lain mudah2an dipermudahkan segala urusan semasa nk menunaikan umrah nnti, mudah2an jgk doa saya disana nnti dimakbulkan oleh Allah Taala.

Rasa2 ini la pos saya yg terakhir sblm berangkat ke Arab Saudi selalma23 hari..iallah kita akan bertemu balik slps 23hari lagi..disamping saya doakan sahabat2 semua, sahbat2 semua jgn lupa doakan saya yerk mudah2an dipermudahkan disana nnti. Dalam fatrah nk menunggu keputusan imtihan yg rasa2 bakal keluar Ahad ni, mudah2an kita semua mendapat kejayaan..saya akan doakan sahabt2 semua..

Doakan saya berjaya dalam keputusan imtihan yg bakal keluar ni..salam ukhwah buat sahabat2 semua..kepada abi umi, kak long dan semua di Malaysia..doakan saya yerk..

akhir kalam..assalamualaikum

Read more »

Saturday, July 25, 2009

Kembar Siam dua kepala di Riau



SEORANG jurucakap Hospital Puri Husada memberi taklimat media mengenai kembar Siam dua kepala di Tembilahan, Riau semalam.


KEHADIRAN kembar Siam di Hospital Puri Husada di sini menimbulkan minat ramai pihak berikutan bayi berkenaan dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan.

Agensi berita Indonesia, Antara semalam melaporkan, bayi lelaki itu berkongsi semua organ penting tetapi mempunyai dua jantung berbeza saiz.

Bayi yang belum diberi nama itu lahir Khamis lalu dengan berat 3.2 kilogram dan kesihatannya baik.

Pengarah hospital, Dr. Rasul Alim berkata, memisahkan bayi berkenaan secara perubatan adalah mustahil.

"Ini adalah kelahiran bayi kembar Siam pertama di daerah Indragiri Hilir, wilayah Riau," kata Rasul.

Kelmarin, Hospital Puri Husada sesak dengan pelawat yang mahu melihat secara dekat bayi istimewa berkenaan. - Agens
Read more »

Thursday, July 23, 2009

> 3 golongan dilarang tunai haji

KAHERAH 23 Julai – Menteri-Menteri Kesihatan Arab semalam sepakat untuk mengenakan sekatan terhadap sesetengah kategori jemaah termasuk warga emas dan kanak-kanak daripada menziarahi kota Mekah dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Mesir, Ibrahim al-Kerdani berkata, ibadah haji dan umrah akan diteruskan dengan beberapa syarat.

“Beberapa kumpulan akan dilarang menunaikan haji, mereka yang melebihi usia 65 tahun dan kurang 12 tahun serta sesiapa yang mempunyai penyakit kronik,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan menteri-menteri kesihatan Arab di sini semalam.

Menurutnya, keputusan tersebut bertujuan menghalang kumpulan berisiko dijangkiti daripada menyertai jemaah haji itu.

“Bagaimanapun keputusan masih belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan setiap negara,” katanya lagi.

Pengarah WHO rantau Mediterranean Timur, Hussein Gezairi menjangkakan Riyadh akan mengesahkan saranan tersebut dan menambah adanya ‘persetujuan’ di kalangan menteri-menteri pada mesyuarat berkenaan.

“Kerajaan Saudi akan menjadikan (syarat ini) sebagai satu kemestian... Tiada sesiapa akan mendapat visa sekiranya ia tidak dipenuhi,” kata Hussein lagi.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al-Rabeeah berkata, kerajaan konservatif itu tidak akan mengehadkan bilangan visa untuk jemaah haji.

“Kami tidak mengubah peratusan untuk mana-mana negara, kami mengubah beberapa peraturan.

“Terpulang kepada negara itu sendiri untuk menggantikan (jemaah haji yang dilarang) dengan jemaah lain,” kata beliau kepada pemberita.

Tambah Abdullah, jumlah jemaah haji kali ini mungkin akan berkurangan.

Katanya lagi, aktiviti umrah juga dijangka mengalami penurunan walaupun jumlah kebiasaan mereka yang melakukan ziarah tersebut dijangka mencapai dua juta orang sebelum musim haji bermula kira-kira lima bulan dari sekarang.

Isnin lalu, Mesir menjadi negara pertama memberi amaran kepada golongan berisiko dijangkiti selepas seorang wanita negara itu menjadi mangsa pertama selesema babi di Asia Barat dan Afrika.

Pegawai kesihatan Mesir menjelaskan, kesemua yang baru pulang dari umrah akan dikuarantin.

Di Iran, seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Selasa lalu berulang kali mengingatkan rakyat berusia lanjut dan kanak-kanak agar mengelak dari melawat Arab Saudi ketika jumlah kes di negara itu meningkat kepada 16 orang.

Arab Saudi sendiri pada bulan lalu memberi amaran kepada warga emas dan wanita mengandung agar tidak mengerjakan haji kerana ancaman selesema babi, diikuti Oman pada 6 Julai lalu. – AFP

- dipetik dari utusan malaysia 24 Julai 09.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz