Wednesday, April 15, 2009

LELAKI TERTINGGI DI DUNIA DICATAT

Rekod lelaki tertinggi dunia musnah


Gambar fail menunjukkan Liang diukur oleh dua wanita dewasa.


BEIJING - Seorang lelaki menjalani pembedahan pada bahagian kakinya di sebuah hospital di China sebelum disahkan oleh doktor bahawa dia adalah 10 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod lelaki tertinggi dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Lelaki itu, Zhao Liang, 27, mempunyai ketinggian 2.46 meter ketika menjalani pembedahan di sebuah hospital di Tianjin bagi mengurangkan kesakitan akibat cedera 10 tahun lalu.

Ketika doktor itu melakukan pemeriksaan, dia mendapati Liang adalah lebih tinggi berbanding rakan senegaranya, Bao Xishun yang diiktiraf Guinness World Records sebagai lelaki paling tinggi dunia.

Agensi berita Xinhua menyatakan Liang masih belum mendapat rekod itu kerana dia masih belum diukur oleh Guinness.

Karier bola keranjang Liang musnah kerana kecederaan di kaki itu menyebabkan dia menganggur hingga 2006.

Doktor berkata, Liang boleh berjalan seperti manusia normal lain dalam tempoh dua bulan selepas pembedahan tersebut.

Dia tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan berhubung ketinggiannya.

Xishun, 57, diiktiraf Guinness sebagai lelaki tertinggi dunia pada 2005 dengan ketinggian 2.36 meter. - AFP

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz