Wednesday, April 15, 2009

4 MUMIA TERCANTIK DI DUNIA DITEMUI DI KAHERAH MESIR!!

4 mumia antara tercantik ditemui


GAMBAR menunjukkan dua keranda mumia yang ditemui di tenggara piramid Illahun di Mesir.



KAHERAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui sebuah perkuburan purba yang menempatkan berpuluh-puluh mumia yang dianggap antara paling cantik dan berusia lebih 4,000 tahun di tenggara piramid Illahun, Fayoum, lapor sebuah akhbar semalam.

Kerja-kerja ekskavasi yang ditaja Majlis Antikuiti Mesir itu berjaya menemui 53 makam mumia.

Ketua Majlis Antikuiti Mesir, Zahi Hawass menganggap empat daripada mumia yang dipercayai berasal daripada Dinasti Ke-22 (931 hingga 725 Sebelum Masihi) itu adalah antara yang paling cantik pernah ditemui.

Penemuan itu berlaku kurang dua bulan selepas Zahi mengumumkan penemuan 30 mumia dalam sebuah kubur di piramid tertua dunia, Saqqara.

Mumia-mumia itu diletakkan di dalam keranda kayu yang dibungkus dengan kain linen serta dicat menggunakan warna tradisi Mesir purba iaitu emas, firus dan terracotta. - Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz