Monday, February 23, 2009

Kaherah Sasaran Bom

Bazar 1,500 tahun jadi sasaran bom


ANGGOTA polis Mesir berkawal di luar kawasan yang menjadi lokasi letupan bom di bazar Khan el-Khalili, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Polis Mesir semalam menyatakan seramai tiga suspek ditahan berhubung kejadian letupan bom di sebuah bazar terkenal di Kaherah yang menyebabkan seorang remaja Perancis mati manakala 25 yang lain cedera.

Serangan kelmarin merupakan keganasan paling buruk terhadap warga Barat di Mesir sejak 2006 namun sehingga kini tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Bom berkenaan meletup di laluan kafe dan restoran di Khan al-Khalili yang wujud sejak 1,500 tahun lalu.

"Selain tiga suspek itu, beberapa orang turut ditahan untuk disoal siasat," kata seorang pegawai polis.

Remaja Perancis berumur 17 tahun itu mati di hospital. Mangsa menyertai kumpulan 54 remaja dari Paris untuk membeli-belah cenderamata di kawasan tersebut untuk dibawa pulang.

Letupan itu turut mencederakan 17 rakannya termasuk seorang berada dalam keadaan parah.

"Letupan itu sangat kuat. Orang ramai menjerit dan kami lari bertempiaran," kata seorang ahli rombongan, Romy Janiw, 28.

Menteri Kesihatan Mesir, Nasir Rasmi berkata, mangsa yang cedera termasuk seorang warga Jerman, Arab Saudi (tiga) dan Mesir (empat).

"Kebanyakan kecederaan berpunca daripada objek tajam," kata Nasir.

Saksi dan polis memberitahu, dua butir bom dilempar dari atas bumbung yang bertentangan dengan bazar tersebut.

Bom kedua tidak meletup dan ia dimusnahkan oleh pihak berkuasa, kata sumber polis. - AFP

Read more »

Remaja Perancis Terbunuh di Kaherah

Remaja Perancis terbunuh


PEKARANGAN bazar di luar Masjid Hussein di Kaherah yang selalunya sibuk, menjadi lengang ekoran kejadian letupan bom, yang mengakibatkan seorang remaja Perancis terbunuh, semalam. - AFP


KAHERAH 23 Feb. - Seorang remaja perempuan dari Perancis terkorban dan 25 lagi, kebanyakan mereka warga asing cedera dalam satu letupan bom buatan sendiri di sebuah bazar berusia 650 tahun yang penuh sesak dengan pelancong, awal malam tadi.

Polis menemui bom kedua dalam tempoh sejam kemudian dan berjaya mematikannya.

Pegawai keselamatan berkata, tiga orang telah ditahan berhubung serangan maut pertama ke atas warga Barat di Mesir sejak 2006.

Seorang pakar mengenai fahaman militan berkata, serangan itu mungkin sebagai tindak balas terhadap kempen keganasan Israel ke atas Genting Gaza pada bulan lepas.

"Kami melayan pelanggan seperti biasa dan tiba-tiba berlaku satu letupan kuat.

"Pengunjung lari bertempiaran dan sesetengahnya cedera disebabkan rempuhan dan bukan kerana letupan itu," kata seorang pelayan di sebuah kafe berdekatan, Magdy Ragab.

Pelancongan adalah antara sumber pendapatan asing utama bagi Mesir dan industri itu pernah menjadi sasaran pada masa lepas dalam usaha untuk merosakkan kedudukan kerajaan yang kini cuba merundingkan gencatan senjata berpanjangan di Gaza.

Letupan malam tadi menggegarkan plaza utama di Khan el-Khalili, sebuah bazar yang popular di kalangan pelancong dan terletak bersebelahan Masjid Hussein.

Percikan darah kelihatan pada batu-batu di hadapan masjid tersebut ketika jemaah baru selesai mengerjakan solat Maghrib.

Laporan awal mengatakan dua butir bom tangan dilontar ke tempat kejadian tetapi kerajaan mengesahkan, serangan itu melibatkan sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di bawah bangku di plaza utama. - AP

Read more »

SEORANG MATI 20 CEDERA DI HUSSAIN KAHERAH

One killed in Egypt mosque blast

The historic district was the scene of a previous bomb attack in 2005 [AFP]

One person has been killed and about 19 people, mostly foreigners, injured in a bomb blast outside Egypt's historic Hussein mosque in Cairo.

Police said the person killed in the explosion on Sunday in the popular tourist area was a French woman.

Passersby were injured after being hit by stone and marble fragments after the bomb went off outside the mosque, a police official at the scene said.

French and German nationals were among the wounded.

"It was an explosive, perhaps a hand grenade," one police official said.

The Egyptian MENA news agency, quoting eyewitnesses, said the explosive devices were thrown from the roof of a nearby hotel.

Blood stains could be seen in the front courtyard of the mosque, next to the famed Khan el-Khalili bazaar.

Police detonated a second device without causing any injuries.

Blast investigated

Riot police cordoned off the area and sniffer dogs could be seen as worshippers were being evacuated from the mosque.

Timeline: Attacks in Egypt

"I was praying and there was a big boom and people started panicking and rushing out of the mosque, then police came and sealed the main door, evacuating us out of the back," said Mohammed Abdel Azim, who was inside
the mosque at the time.

It was not clear who was behind the attack or if tourists had been deliberately targeted.

"Investigations are at a preliminary stage at the moment," Amr el-Kahky, Al Jazeera's correspondent in Cairo, said.

"It is very difficult to speculate whether foreigners were the target of this attack.

"All the Islamic groups that were operating and were violent in the nineties [in Egypt] have issued an initiative in which they declared a unilateral ceasefire against the Egyptian government."

The historic district was the scene of a previous bomb attack in 2005 in which two tourists were killed and 18 wounded.

Read more »

Thursday, February 19, 2009

Penemuan Tergempar Abad ini!!


> Ni la Ubi kentang terbesar Di dunia setakat ni, Penemuan yg menakjubkan,klo nk dibanding dgn ubi2 kentang yg korang beli kat pasar tu entah berapa ribu kali ganda gamaknya,sje je upload gambar ni tgh boring2 ni,msti korg terkejutkn,rase2 korang tak tgk lagi,pe2 pn tq semua..
> Hah!! ni plak ubi yg paling pelik skali,memag jarang2 sekali nk jumpa ubi sepelik ni,mcm budak2 gemok pn ada,mcm toyol pn ado,haha mcmne ble jd bentuk gini ek,pelik2 btul,hm kuasa Allah Taala,ok la kawan2..chow dulu..korang tunggu la aku bubuh gambr yg pelik2 lagi.hoho2..assalamualaikum
Read more »

" Biarlah Rakyat Yang Menentukan " Dato Dr Haron Din


‘Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan’ - Haron Din

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato’ Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

“Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Image

“Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah ’sembah derhaka’ yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

“Sembah derhaka’ bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa ‘patik sembah derhaka’. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja,” katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Image

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

“Ada pemimpin disuruh Raja untuk ‘briefing’ pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

“Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

“Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka… ini jauh lebih derhaka lagi,” katanya.

http://www.harakahdaily.net

Read more »

Sunday, February 15, 2009

SAIFUL BUKHARI MANGSA LIWAT MENGAMUK!!!!!!!!!


Panas: Saiful Akan Saman Pahang Daily Online !!

KUALA LUMPUR [5.10pm] : Ini adalah berita panas yang baru kami terima tengahari tadi. Ia berkaitan dengan pendedahan tergempar kami berhubung dengan tahap kesihatan “Mangsa Liwat” Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini. Dalam artikel kami terbabit telah diterangkan dengan jelas bahawa Saiful kini semakin menderita akibat penyakit misteri yang dialaminya gara-gara sumpah laknat terhadap Anwar Ibrahim dulu.

Gara-gara artikel berkenaan kami difahamkan ada pihak-pihak tertentu bagi pihak Saiful sedang menyiasat serta ingin menyaman blog ini. Maklumat ini kami perolehi dari seorang rakan karib yang juga sahabat Saiful. Mungkin beliau kecewa dengan laporan berkenaan yang boleh menjejaskan imejnya maka ingin menyaman PDO atas alasan memfitnah beliau. Kenyataan ini telah disiarkan dalam ruangan Friendster beliau beberapa hari yang lalu.

Malah beliau turut menyiarkan biodata cucumatkilau yang disangka penulis artikel berkenaan. Lalu disiarkan maklumat tentang cucumatkilau dengan agak detail. Justeru itu kiranya benar “mamat Saiful” mahu menyaman PDO, sokongan daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Beliau boleh mengenakan saman kononnya kami memfitnah beliau. Namun, beliau juga harus sedar “kes mengarutnya” yang telah menghina dan menjejaskan nama baik serta maruah Anwar Ibrahim itu adalah lebih zalim daripada apa yang berlaku ini. Maka itu, kami mempersilakan Saiful untuk menyaman Pahang Daily Online jika beliau ingin melakukannya.

Insya Allah, jika ini berlaku maka banyak lagi “rahsia hidup Saiful” akan kami bongkarkan menerusi maklumat dari rakan-rakan karib, keluarga serta saudara mara beliau sendiri. Beliau harus sedar, bukan semua tindakannya itu disenangi oleh mereka selama ini. Saiful perlu insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan jika beliau ingin selamat.

http://pahangdaily.blogspot.com

Artikel berkaitan yang menyebabkan saipull melenting

Read more »

Friday, February 13, 2009

GHAZALI JAWI PN DERHAKA JUGK!!

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz