Saturday, October 10, 2009

> Syeikhul Al_Azhar Mesir Haramkan Purdah



KAHERAH 9 Okt. - Syeikhul Al_Azhar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi (gambar) berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.

Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.

Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.

Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam.

Kebanyakan mereka menyatakan purdah tidak diperlukan kerana ia sekadar satu adat kaum nomad di gurun-gurun Arab sebelum kedatangan Islam.

Kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan.

Sementara itu, di Toronto, pertubuhan penduduk Islam Kanada menggesa kerajaan mengharamkan pakaian tradisional yang menutup muka, dengan menyatakan ia adalah simbol penindasan terhadap wanita oleh golongan radikal yang tidak mempunyai asas dalam Islam.

Kongres Islam Kanada mendesak pengharaman tersebut kerana menurut mereka, amalan menutup wajah tidak sewajarnya wujud dalam masyarakat yang menyokong hak sama rata antara jantina.

"Masyarakat Islam seluruh dunia tahu bahawa pakaian yang menindas wanita ini dipromosikan oleh Taliban dan al-Qaeda," kata pengasas kumpulan tersebut, Tarek Fatah.

Katanya, pengharaman tersebut tidak boleh meliputi hijab, iaitu pakaian tradisional yang tidak menutup wajah.

Tambahnya, tidak ada dalam mana-mana teks Islam termasuk Al-Quran, yang menyuruh wanita menutup wajah termasuk undang-undang Syariah yang paling konservatif. - AP

Read more »

Monday, October 5, 2009

> Kenangan Solat Raya Idul Fitri 2009 di Istad Damanhur.

Bergambar bersama Dr Mahmud Tantawi Sya'rawi selepas sembahyang
Idul Fitri di Nadi Istad, Farihan Helmy
6 dari kiri yang berjubah hitam.


Kenangan bersama sahabat2 semasa 1 Syawal 1430 Hijrah,
masuk ni dah kali ke-3 saya beraye kat Bumi Mesir,
tak per la,sabar jer la..inilah dinamakan
pengorbanan dalam menuntut
ilmu..


Ini la stadium kt damanhur, tempat kami semua sembahyang raya idul Fitri,
gambar diatas ialah suasana selepas sahaja
selesai khutbah raya.


Dari kiri, ustaz Azam Azizi, Pak Tam, farihan Helmy,
Yusri, dan ditengah Amir klate.

gambar diatas suasana sebelum mula sembahyang,
masa ni pukul 6.45 a.m,
mase ni tak ramai lagi..sori la sbb lmbt upload gambar raya..
sibuk la
Read more »

Mayat 30 tahun tak reput


KANGAR - 5 OKTOBER 2009 : Tiga penggali kubur tergamam selepas menemui mayat lelaki dipercayai berusia kira-kira 30 tahun yang tidak reput ketika urusan pengebumian jenazah seorang wanita di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka di sini, pagi semalam.

Malah, mayat lelaki terbabit didapati lengkap dengan kain kafan yang masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas walaupun kerandanya sudah hancur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakau, Ismail Hashim, berkata usia mayat itu berdasarkan keranda kayu yang sudah pun reput ketika kubur itu ditemui.

Menurutnya, kubur itu ditemui penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, bersama dua rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, dan Mohd Azlisham Mat Taib, 30, ketika kerja penggalian liang lahad dilakukan, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Seluruh tapak kubur ini sudah dua kali ditambun dengan tanah. Kali terakhir dilakukan, hampir 10 tahun lalu. Berdasarkan faktor itu dan melihatkan keranda yang sudah hancur, saya percaya mayat itu berusia kira-kira 30 tahun,” katanya.

Desa berkata, mayat berkenaan ditemui ketika dia bersama dua rakannya menggali liang Zaleha Murad, 53, yang meninggal dunia kerana kencing manis dan jantung, malam kelmarin.

“Oleh itu, pengebumian arwah Zaleha agak lewat sedikit kerana saya dan rakan perlu menguruskan mayat tidak reput itu untuk dikebumikan semula. Daripada pengamatan saya, mayat lelaki itu dikebumikan pada 1970-an,” katanya.

Katanya, sebelum kerja mengorek liang lahad, mereka sudah mendapatkan persetujuan waris arwah Zaleha untuk menanda tempat kosong dan memulakan kerja penggalian di Tanah Perkuburan Tok Paduka, kira-kira 9.30 pagi.

“Kira-kira dua jam penggalian, Mohd Azlisham merasakan sesuatu dan terkejut apabila menemui mayat tidak reput yang masih berkain kafan hingga menyebabkan kerja mengorek yang hampir selesai terpaksa dihentikan.

“Mohd Hafiz membuka tali yang mengikat kain kafan dan mendapati kulit serta isi masih terlekat pada tulang seperti orang yang masih hidup sebelum mengikat semula kain kafan. Paling menakjubkan mayat berkenaan tidak berbau atau dimakan ulat.

“Difahamkan, jenazah sebegini adalah di kalangan mereka yang beriman dan kuat beribadat,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Zaleha di tanah perkuburan berkenaan.

Desa berkata, urusan pengebumian Zaleha terpaksa ditangguhkan beberapa jam bagi membolehkan pihaknya mengorek liang lahad baru di bawah kubur yang digali itu untuk mengebumikan semula jenazah tidak reput itu.

Desa berasal dari Kampung Bakau berkata, ini kali pertama dia melihat mayat dalam keadaan sempurna berusia puluhan tahun sejak lebih 30 tahun lalu.

“Ia sukar ditemui. Berdasarkan pengalaman, mayat akan dimakan ulat selepas tujuh hari dikebumikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan jenazah terbabit adalah penduduk kampung berhampiran Tok Paduka.

Mohd Hafiz pula berkata, dia melihat jelas wajah mayat lelaki tidak reput itu yang masih dalam keadaan sempurna manakala berkulit sawo matang.

“Secara keseluruhan keadaan fizikal mayat berkenaan masih sempurna ketika saya memberanikan diri membuka ikatan kain kafan untuk melihatnya.

“Kerandanya sudah hancur dan kami menggunakan sekeping papan menutup semula liang lahad yang baru dikorek untuk menyimpan semula mayat berkenaan,” katanya

-
dipetik dari Hmetro 5hb 10 2009
Read more »

Saturday, October 3, 2009

Kuasa Allah Taala

Terkejut lihat sejadah berdiri


MOHAMAD Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.

"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.

"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

Read more »

Wednesday, September 16, 2009

Ulang Tahun yang ke -2 di Mesir

assalamualaikum..

Selamat tghri semua, saya sbnrnyer x de keje nak wt pagi ni, skg ramadhan yg ke-27 dah..ade 3 hari lagi nak raya, skg 17 September 2009, cukup 2 Tahun saya kat Mesir ni, teringat pulak mase mula2 dtg 17 September 2007 dulu, terase cepat sgt berlalu, sedar tak sedar dah 2 tahun saya kat bumi Anbia' ni, mcm2 dugaan dan rintangan sepanjang kat Bumi Barakah ni, klo nak dicerita start datang smpai skrg ni mmg x akan abis, pe2pun saya bersyukur sgt2 sbb berpeluang jugk dpt dtg belajar disini, impian mase kecik lagi.

Masuk Ramadhan kali ni dah 3 kali saya beraye kat Mesir, tak sangka plak dah 3 kali beraye kt sini tanpa mak ayah dan adik beradik di Malaysia, terase rindu sgt6 nak beraye di Malaysia, dah lame tak makan ketupat ngn lemang..kepada kawan2 saya di Malaysia tu, jgn la sedih pulak..nnti kita akan beraya same jugk..cube xde peluang dn runag nak balik buat mase ni, peperangan belum selesai, tggu la kelibat aji_boughty nnti.

Kepada sahabat2 dan pengunjung blog yg setia lagi budiman, dikesempatan yg ada ni, saya nak ucapkan Selamat menjalani ibadah pose dan selamat menyambut Hari lebaran semoga bahgia dan ceria selalu, Maaf zahir dan batin..semoga kita dapat bersua lagi.

Kepada Farihan Helmy, semoga maju jaya dan sofi untuk imtihan tahun akhir ni. amin..

k assalamualaikum.
Read more »

Berita Baik Buat Pelajar STAM

Lulusan STAM boleh masuk IPTA


MUHYIDDIN berkata sesuatu kepada Yusof Noor (dua dari kanan), Jamil Khir dan Khaled Nordin (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, katanya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyelaras kurikulum pengajian Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Agama serta Fardhu Ain (KAFA) bagi mengelak pertindihan.

"Jawatankuasa yang dibentuk diberi tanggungjawab untuk meneliti antara lain (soal) mengelak pertindihan termasuk berkaitan kurikulum pembelajaran pengajian Islam yang sedang dilaksanakan sekarang dan apa yang terkandung di bawah KAFA.

"Ini termasuk soal tenaga pengajar dan kelayakan guru yang mengajar, soal pensijilan dan akreditasi, selain meneliti soal infrastruktur, kelengkapan pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam sama ada di sekolah kebangsaan atau di KAFA sendiri,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai hala tuju pengajian aliran agama di sini semalam.

- dipetik dari Kosmo 16hb 9 2009



Read more »

>STAM, STPM setaraf

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz