Friday, May 22, 2009

> Ulama Indonesia benarkan Facebook



SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya populariti laman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umat Islam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan dan melakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta.

Fatwa itu dikeluarkan selepas mesyuarat dua hari badan ulama di negara yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia.

Sekitar 700 ulama bersetuju menyediakan draf garis panduan melayari Internet selepas menerima aduan mengenai Facebook dan beberapa laman web rangkaian sosial lain yang dikatakan menggalakkan zina, kata jurucakap penganjur, Nabil Haroen.

"Mereka memutuskan bahawa Facebook adalah haram sekiranya digunakan untuk tujuan bergosip dan menyebarkan fitnah.

"Penggunanya juga tidak boleh menanyakan soalan lucah atau apa jua cara yang menggalakkan kelakuan tidak beradab," katanya lagi.

Namun para ulama mengakui terdapat kebaikan dalam laman web seperti Facebook dan beberapa cara baru untuk berkomunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) atau sidang video.

Perintah sepanjang 300 perkataan oleh badan ulama Indonesia juga sedar teknologi hari ini memudahkan golongan muda berhubung kerana tiada lagi 'kekangan sempadan dan masa' seterusnya membolehkan mereka mengenali satu sama lain untuk mengetahui mereka sepadan atau tidak.

Facebook tidak mengeluarkan sebarang ulasan hari ini namun sebelum ini menyatakan bahawa pengguna laman ini biasanya menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan, keluarga atau mencari maklumat mengenai isu tempatan dan antarabangsa. - AP

> dipetik dari Sumber Utusan Malaysia 23 Mei 09
Read more »

Gadis 17 tahun jadi doktor


DR. RIANA


YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67.

"Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini.

Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti itu pada September 2005 menerusi saluran bakat istimewa.

Ketika itu, dia berumur 14 tahun.

Gadis itu tidak menyembunyikan kesukarannya ketika menyiapkan tugasan ketika belajar bersama pelajar yang lebih tua daripadanya.

"Kesulitan kerana tugas yang banyak tetapi syukurlah semua itu dapat saya atasi," katanya yang belajar mengenai kanser payu dara.

Dr. Riana bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya dengan menjadi doktor pakar.

Sejak kecil, dia dikenali kerana memiliki kecerdasan yang istimewa ketika belajar di sekolah menengah di Sukabumi, Jawa Barat dengan melompat kelas.

Dia akan menjadi doktor perubatan sepenuh masa selepas dua tahun menjalani latihan.

"Saya sama seperti pelajar-pelajar lain yang tidak menumpukan sepenuh masa hanya dengan belajar," katanya. - Agensi

Read more »

Monday, May 18, 2009

Salam Ukhwah Untuk Semua

> Assalamualaikum semua sahabat2 handai di meluruh Mesir dan Termasuk Malaysia,ana farihan helmy Bin Rasdi Pelajar Tahun 3 Kuliah Syariah Wal-Qanun Damanhur Syu'bah Syariah Islamiah ingin mengucapkan selamat berimtihan semoga kalian semua diberi kejayaan dalam imtihan kali ini dan seterusnya.

> Kepada semua sahabat2,ana ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ana insan yang lemah secara sengaja dan tak sengaja terbuat salah pada sahabat2 semua khususnya sahabat2 di Damanhur Mesir..diharapkan sahabat2 semua dapat memaafkan ana,yang baik datang daripada Allah Taala, yang buruk dan salah itu datang daripada dari ana sendiri, hakikatnya semuanya daripada Allah Taala dengan kekuasaanya.

> Kita sama-sama berdoa moga2 kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.. Selamat Berimtihan..

> ikhlas daripada Farihan Helmy Bin Rasdi.
Read more »

> Keli Zat Babi Haram Dimakan



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.

Read more »


Mesir anjur Islamic Idol

KAHERAH 17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingi seorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon dan merenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringi alunan irama gendang.

"Saya mengakui Allah sebagai Tuhan, agamaNya sebagai anutanku, dan PesuruhNya sebagai ikutanku," demikian lirik nyanyian yang didendangkan di depan penonton yang dipisahkan antara lelaki dan wanita.

Pemuda ini adalah seorang peserta dalam rancangan realiti format American Idol versi Islam yang dilancarkan bagi mencari dan mempromosi bakat untuk saluran video berunsur Islam yang pertama dalam dunia Arab.

Stesen televisyen satelit, 4shbab yang membawa maksud 'Untuk Pemuda-pemudi' adalah hasil buah fikiran petugas media Mesir, Ahmed Abu Heiba yang menegaskan misinya adalah untuk menyebarkan mesej bahawa orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini.

"Sebelum ini, kita gagal menyebarkan mesej ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam," kata Abu Heiba semasa ditemuramah baru-baru ini.

Saluran baru yang dilancarkan pada Februari dan dapat ditonton di negara-negara Arab adalah satu usaha untuk menarik perhatian anak muda yang lebih mementingkan agama dan pada masa sama, berdepan pengaruh pop Barat. - AP

Read more »

Tuesday, May 12, 2009

> Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar


Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar

KAHERAH 11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed Sayyed Al-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, Universiti Al-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakan lawatannya ke dunia Islam bulan depan.

Kata Al-Tantawi, sebagai pusat ketamadunan Islam dan berhaluan sederhana, Al-Azhar adalah lokasi terbaik bagi Obama menyampaikan ucapannya kepada umat Islam seluruh dunia.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, Obama yang berjanji untuk merapatkan hubungan antara AS dengan dunia Islam melalui dialog merancang akan menyampaikan ucapannya kepada umat Islam pada 4 Jun ini.

Pada Jumaat lalu White House mengumumkan bahawa Obama akan memulakan usaha meningkatkan keyakinan dan hubungan antara AS dan umat Islam, tetapi tidak menyebut kenapa Mesir menjadi pilihan bagi menyampaikan ucapannya itu. - AFP



Read more »

Tuesday, April 21, 2009

> Coklat Import Ada Lemak Babi

Coklat enak import didakwa ada lemak babi


KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz