Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.
"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.
Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terbabit meminum minuman keras.
Zulkifli berkata, selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
"Kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya.
0 comments:
Post a Comment