Friday, March 20, 2009

PAKAI SELUAR LONDEH KENA DENDA

Macam-macam: Denda pakai seluar londeh


CANBERRA: Seorang remaja Australia yang memakai seluar longgar dan tiada seluar dalam didenda selepas seluarnya londeh ketika seorang pegawai polis wanita sedang lalu di situ.

Trent Joseph Wroe, 19, didenda A$250 (RM600), dan diarah memakai tali pinggang, selepas kejadian pada 28 Februari itu di Mooloolaba di utara negeri Queensland, lapor akhbar Sunshine Coast Daily.

Polis memberitahu mahkamah majistret bahawa Wroe sengaja mendedahkan buntutnya, tapi menurutnya dia memakai sepasang seluar yang dipinjam yang terlalu besar dan terlondeh pada tempat dan masa yang silap. - Reuters

1 comments:

hidup ujian said...

hahaha... sape suh pakai sua londeh....
nasib baik kene dende je, kalau kene masuk neraka lagi sakit.. -NERAKE KAT AKHIRAT JE...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz