Wednesday, March 25, 2009

WANITA TERTUA DIDUNIA BERUMUR 130 TAHUN

Wanita berumur 130 tahun ditemui



SAKHAN DOSOVA


ALMATY - Beberapa pegawai Kazakhstan menyatakan mereka menemui seorang wanita, Sakhan Dosova yang akan menyambut hari kelahiran yang ke-130 tahun pada 27 Mac ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sakhan mungkin merupakan wanita tertua di dunia kerana manusia paling tua diiktiraf secara rasmi ketika ini ialah Edna Parker dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 114 tahun.

Nama Sakhan tercatat dalam satu bancian di Karaganda di utara Kazakhstan pada 1926 ketika dia berumur 47 tahun.

Dokumen pasport yang dimiliki Sakhan ketika Kazakhstan masih berada dalam Kesatuan Soviet menunjukkan dia dilahirkan pada 27 Mac 1879.

Kad pengenalan Kazakhstan yang dimiliki Sakhan turut menunjukkan tarikh lahir sama.

Kazakhstan merdeka dari Kesatuan Soviet pada 16 Disember 1991.

Dia yang mempunyai 10 anak dilahirkan pada tahun Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu.

Sakhan berumur 10 tahun ketika pemimpin Jerman, Adolf Hitler dilahirkan.

Wanita itu tinggal di sebuah flat bersama salah seorang cucunya dan masih sihat dan cuma menghadapi masalah pendengaran.

Ketika ditanya rahsianya menjaga kesihatan dia berkata: "Saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Saya tidak pernah mengambil pil dan jika sakit, saya menggunakan ubat tradisional untuk memulihkan saya. Saya tidak pernah makan gula-gula." - Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz