Sunday, June 19, 2011

>> Jet hipersonik paling laju


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan lakaran artis pesawat hipersonik yang dirancang pembinaan oleh syarikat aeroangkasa, EADS.


LE BOURGET - Syarikat aeroangkasa, EADS yang membina pesawat Airbus semalam mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa cuma dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo.

Ketua Pegawai Teknikal EADS, Jean Botti berkata, pesawat tersebut mirip jet supersonik Concorde yang pernah digunakan oleh syarikat Air France.

Pesawat itu kini sedang dimajukan dengan kerjasama Jepun.

Ia dianggarkan boleh membawa di antara 50 hingga 100 penumpang.

Pembinaan pesawat itu dikenali sebagai projek pengangkutan kelajuan tinggi sifar pencemaran.

Bagaimanapun, Ketua EADS, Louis Gallois berkata, ia mengambil masa di antara 30 hingga 40 tahun untuk membina pesawat tersebut.

Read more »

Saturday, June 18, 2011

>> Jawapan Yang Sesuai Utk Wanita Tidak Menutup Aurat ~


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Read more »

> Kemana Hala Tuju Saya ni??

18 Jun 2011 Assalamualaikum semua,bersyukur kepada Allah Taala kerana sentiasa memberikan kita nikmat kesihatan dan bermacam2 lagi supaya kita menjadi hamba yg bersyukur.

Alhamdulillah cume cume tinggal 2 paper jer lagi, last paper 6hb Julai dan diikuti syafawi selepasnya, apakah arah tuju saya slps tu? nak balik tanah tumpahnya darah ataupun nak tunggu keputusan imtihan, pening2 dibuatnya, kalau tanya org malaysia mejoriti memang suruh balik, tapi kalau tanya sahabat2 disini memang suruh tunggu keputusan jer, mudah2an Allah Taala menunjukkan jalan yang terbaik buat saya.

Selepas 6hb Julai ni, rumah teratak azhari yg saya sewa sekarang ni terpaksa saya lepaskan, semua ahli bait akan bawa haluan masing2 selepas 6hb Julai ni, ada yang nak balik malaysia, ada yg nak tumpang sementara rumah sewa kwn2, kemana la pulak hala tuju saya selepas 6hb julai ni, mudah2an Allah memberi kejayaan kepada saya untuk imtihan kali ni dan tak payah pening2 dah dan boleh terus balik Malaysia selepas tu.

Kepada sahabat2 di Mesir mahupun di Malaysia yang mengenali saya, dikesempatan yang ada ni, saya nak menyusun 10 jari memohon kemaafan jikalau saya ada menyinggung perasaan kalian semua dan tak selesa dgn tingkah laku saya selama ni, manusia tak boleh elak daripada melakukan kesilapan, mohon maafkan saya.

Doakan saya dan sahabat2 saya najah dalam imtihan ini, semoga Allah Taala melimpahkan rezeki pada saya, Sekian jumpa lagi.
Read more »

Friday, June 17, 2011

> KARTUNIS UTUSAN, ROGOL DAN ZINA


kartun.jpg

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: ”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi. Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina. Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan ‘li‘an’ atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini. Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Read more »

Thursday, June 16, 2011

> Soalan 2009/10 Usul Fiqh 4 & Hadith Ahkam 4

SOALAN TAHUN 2010 HADITH AHKAM TAHUN 4 - DR ISA & DR AHMAD IBRAHIM


SOALAN TAHUN 2009 USUL FIQH TAHUN 4 - DR IBRAHIM QANDIL


SOALAN TAHUN 2010 USUL FIQH TAHUN 4 - DR IBRAHIM QANDIL
Read more »

Wednesday, June 15, 2011

Siasat dan jangan Tuduh Melulu Wahai Sahabat ~

Assalamualaikum ~ luahan hati..bukan nk aibkan sesiapa ~ saya tak tujukan pada sape2..maaf la sape yg terase ~kawan rapat tapi tak memahmi ~ kata org selagi kita tak bertolak ansur dn beralah, sampai bila2 pun dia tak akan tegur ~ padahal bukan salah kita, tuduhan melulu tanpa usul periksa ~ kawan jadi lawan ~

Tapi dalam ni btul2 saya tak bersalah ~ ada bukti..tapi biarkan dia dgn perangainya ~ nanti dia akan tahu siapa yg sebenarnya dipihak yg betul ..mgkin dia tahu dia yg salah..tpi sikap egoisny yg tinggi menyebabkan dia lupa ~ tak kisahlah..

Kadang2 kita kena bertolak ansur, jgn selalu harapkan org lain ~kena akui kesilapan dn ketelanjuran kita ~ usia bukan menjadi penghalang sbnarnya ~ kepada sape yg tersasa ~ lain kali siasat dn jgn pakai tuduh jer..sape yg sbnrnya yg memutuskan silaturrahim? tepuk dada tanya selera ~ tanya saksi dan selidiki~ muhasabah diri dn cuba minta maaf ~

minta maaf zahir batin ~
Insan teriniaya : Farihan Helmy Rasdi
Read more »

> Gerhana Bulan 15 Jun 2011 Masa 8.30 p.m Waktu Mesir : Lokasi Damanhur

Pertama kali seumur hidup tau ~ sblm2 ni xpenah tgk live ~
lokasi tepi sungai Nil Damanhur


tgk ler tu~ nmpak tak? kata apis..hihi


Maaf kualiti gambar tidak memuaskan ~ maklumlah gune camera biase2 je ~











Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz