Monday, May 16, 2011

> 25 peratus pelajar obes pada 2020?


NASI lemak menjadi pilihan utama ketika tinjauan bagi laporan khas mengenai para pelajar yang mengalami masalah obesiti di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 15 Mei – Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit.

Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya.

“Maka itu tidak mustahil jika tidak ditangani segera, pada 2020 sejumlah 25 daripada 100 pelajar atau satu perempat daripada mereka akan mengalami masalah itu.

“Jika diperincikan lagi, ini bermakna 10 pelajar dalam kelas yang mengandungi 40 orang adalah pelajar gemuk yang tidak aktif dan berisiko berpenyakit,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada masa ini terdapat lebih 5.24 juta pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ridzoni berkata, walaupun selepas pelbagai pendedahan dan usaha dilakukan kerajaan, gejala obesiti atau kegemukan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah masih gagal diatasi.

“Oleh sebab itu, kantin berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar berkaitan pemakanan seimbang sekali gus boleh mempengaruhi ibu bapa di rumah.

“Seandainya pengusaha kantin sekolah mampu menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu, budaya pemakanan sihat secara praktikal dapat dibentuk dan menggalakkan para pelajar membawa amalan tersebut ke rumah,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan masalah tersebut dengan mencadangkan larangan 15 jenis makanan 'tidak sihat' dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah.

Turut dicadangkan ialah supaya indeks jisim badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Mengambil pengalaman beliau ketika berada di Jepun, Ridzoni berkata, pakar nutrisi dan pengusaha kantin sekolah akan bekerjasama dalam memastikan hidangan dijual adalah sihat.

Tambah Ridzoni, pelajar memerlukan kalori sebanyak 1,500 hingga 2,200 dalam sehari bergantung pada aktiviti harian yang dilakukan dan pihak berkaitan seharusnya peka dengan jumlah kalori yang sepatutnya diambil.

Read more »

16 Mei Selamat Hari Guru ~





Assalamualaikum, sempena hari guru ni, saya Farihan Helmy Bin Rasdi nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua tenaga pengajar seluruh Malaysia dan khususnya pada Ustazah Fadzilah dah Cikgu Mimi di Taska Abim Taman Sri Kota Fasa 2 ( sekarang dah roboh ) pada tahun 1990-1991.

Tidak dilupakan guru2 saya masih saya ingat lagi, Cikgu Kamariah, Kanaisan, Mazlan dan Ustaz Aziz di S.R.K King Edward VII 2 Jalan Lumba Kuda, Taiping, pada tahun 1992 -1998, jasa dan pengorbananmu akan saya kenang sampai bila2.

Terima kasih/syukran tidak terkata saya ucapkan pada semua Guru Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Jalan Terong, Changkat Jering Taiping pada tahun 1999-2003 yang masih saya ingat, firstly Pengetua saya dulu Allahyarhan Ustaz Samad ( Al-Fatihah ), pengetua sekarang Ustaz Hatta Haji Imran, Ustazah Erni, Ust Jamilah, Ust Rabitah, Us Muhaimin, Us Sirhan, Us Din, Us Salleh, Us Bapak, dan ramai lagi, jasamu akan saya kenang selalu.

Pensyarah2 saya di Kolej Islam Darul Ridzuan Ipoh Perak ( tahun 2004 -2007 ) Us Putra, Ust Hamdi Rahman, Ustazah Rabitah, Us Rizal, Us Fuad, Us Rais dan ramai lagi, ucapan terima kasih tidak terhingga semoga dirahmati dan diberkati ilmu yang dicurahkan.

Kepada Pensyarah Al-Azhar damanhour Mesir, 2008 hinnga sekarang, Dr. Ahmad, Dr Isa, Dr Mahmud Isa, Dr Ibrahim Qandil, Dr Hamdi Rejab, Dr Maqsud dan ramai lagi, Terima kasih atas Ilmu yang dicurahkan pada kami, berkat ilmu yang dicurahkan akan kami kenang, semoga dapat berbakti pada agama ISLAM dan bangsa ~

Ucapan Selamat Hari Guru jugak ditujakan khas buat Ustazah Siti Aminah Sedek di Sekolah S.A.B.A.R semoga dapat memikul amanah dan menjalankan tugas seorang guru yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi pada anak2 murid, selaras dengan tema " guru kearah transformasi ".

~ Ikhlas dari anak didikmu : Farihan Helmy Bin Rasdi
Read more »

Saturday, May 14, 2011

> Imej misteri dalam jentera bomba



GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Read more »

Thursday, May 12, 2011

> Nasihat Untuk Hanima dan Semua Kaum Wanita ~

Rompakan dan kes ragut dijalan raya sebenarnya bukanlah lagi perkara baru bagi rakyat Malaysia. Kes ini semakin hari semakin berleluasa. Sebenarnya ianya berlaku disebabkan kelalaian dan kealfaan kita sendiri. Ramai pemandu kereta yang berseorangan terutamanya kaum wanita dengan senang hati dan slambernyer meletakkan handbag ataupun barang-barang berharga lain ditempat duduk dibahagian depan pemandu tanpa rasa takut sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Video dibawah ini memberi peringatan pada kita semua supaya berhati-hati dengan kes rompakan apabila berhenti di traffic light


Read more »

Wednesday, May 11, 2011

> Kempen Jom Hisbah dan Biah Solehah



Kempen ini dibawa khas oleh ketua unit Biah Solehah Damanhur dibawah lajnah Dakwah iaitu saudara Farihan Helmy sempena minggu Biah Solehah
Read more »

Monday, May 9, 2011

> 12 Maut Pertempuran Agama Di Kaherah



BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah gereja di pinggir Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Seramai 12 orang maut dalam satu keganasan agama di pinggir Kaherah malam kelmarin.

Ekoran itu, pihak tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu berikrar akan memerangi keganasan agama.

Perdana Menteri sementara, Essam Sharaf membatalkan lawatan ke negara-negara Teluk untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ekoran kejadian tersebut.

Pihak pemerintah kemudian memutuskan untuk menempatkan lebih ramai anggota keselamatan dekat dengan lokasi rumah ibadat.

Kabinet juga memutuskan untuk mengetatkan undang-undang untuk menjadikan serangan rumah ibadat sebagai satu jenayah.

Keganasan agama itu berlaku selepas 500 anggota konservatif Muslim berhimpun kelmarin untuk menuntut sekumpulan penganut Kristian menyerahkan seorang wanita Islam yang dipercayai telah menukar agama

Kumpulan Muslim itu kemudian disertai penduduk seagama yang meminta mereka dibenarkan memasuki sebuah gereja untuk melihat wanita tersebut.

Ketegangan kemudian berlaku menyebabkan kebakaran gereja, tembakan senjata api dan kedua-dua pihak saling membaling bom api serta batu.

Seramai 232 orang cedera dalam kejadian itu manakala perintah berkurung dikuatkuasakan di kawasan gereja tersebut sehingga pagi ini.
Read more »

Sunday, May 8, 2011

> Tempahan Kitab Syamail Muhammad S.A.W ( Keperibadian Rasulullah ) Edisi Bahasa Indonesia


Sesiapa yang berminat dengan kitab ini, sila buat tempahan kepada :
Us Farihan : 0113711262, Us Aiman : 0143936463



Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasullah S.A.W. Ini ialah karya Imam Al-Tarmizi terbitan Telaga Biru..


kulit dan helaian keras yang berkualiti, Kitab ini berharga LE90 sahaja, sila buat tempahan segera!!





Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz