Monday, March 28, 2011

Sepandai2 Tupai Melompat Akhirnya Tersembam Ketanah Juga ~

katakan tak nak!
Read more »

Aspire One D255 Acer 2011

My Notebook gadid


thin kn?

cute kn?

Read more »

Selamat kembali ke Mesir sahabat2ku

Isnin 28 March 2011,Assalamualaikum, Syukur alhamdulillah Allah Taala berikan kesempatan dan peluang pada saya untuk kembali menulis setelah sekian lamanya tak update blog ni, orang lebih suka melihat facebook daripada yang lain, pe2 pun bukan ini yg saya nak ceritakan.

Saya nak ucapkan ahlan wasahlan wa marhaban bikum pada semua kawan2 yang selamat sampai ke bumi Mesir setelah sebulan bercuti di Malaysia, terutamanya kawan2 yang menuntut di Kuliah Syariah Wal Qanun Damanhur dan selamat menunaikan tanggungjawab.

Alhamdulillah walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang berlaku di mesir ni, dengan kekuasaan dan izin Allah Taala, tersugkur jugak pemimpin zalim yang memerintah Mesir selama 30tahun, bebaslah kini ikatan simpul mati rakyat Mesir untuk bersuara, dengan suasana yang sudah kembali tenang, alhamdulillah kuliah yang tertangguh selama sebulan bersambung juga akhirnya 2 minggu lepas, ape2 pun selamat menghadapi imtihan fasal kedua.

Selamat menuntut ilmu, berjumpa dilain masa,
Assalamualaikum.
Read more »

Thursday, August 12, 2010

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis


Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.

Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.

Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.

“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.

“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.

-dipetik dari utusan 13hb Ogos 2010

Read more »

Wednesday, August 11, 2010

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak


2 Ramadhan/12 Ogos 2010 saya Farihan Helmy Bin Rasdi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa, mudah2an kita semua dapat mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat dan mengislah diri, dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua kawan2 yg mengenali diri ini atas kekhilafan yang berlaku, semoga dibulan yg penuh rahmat dan barakah ini kita diampunkan dosa dan mendapat hidayah dan maghfirah daripada Pencipta alam semesta Allah Taala.
Read more »

Saturday, February 27, 2010

> Hati-hati menjamu selera di KOPITIAM

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

- dipetik dari utusan Malaysia.
Read more »

Wednesday, February 24, 2010

> Jaulah Mahabbah Exco DPMD 2010

Suasana ketika "Jaulah Mahabbah Exco DPMDM" semalam selepas Solat Asar,walaupun sederhana tapi cukup meriah. Pengerusi DPMD 2010 Ustaz Amar Jamaludin turut hadir.


Ahli Bait Saudara Al-Hafish Zakaria ( duduk dikerusi ) dan sebahagian ahli kawasan Tepi Kuliah yang turut hadir. Turut Hadir wakil Imarah Gua Musang Ustaz Khanan ( berbaju coklat )


Pengerusi DPMD Beriwa rakyat yang sentiasa memahami dan mengambil berat masalah dan kebajikan ahli DPMD seramai 190 orang. Turut hadir Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMD Ustaz Mohd Salimi bin Ahmad ( sebelah kiri pengerusi )


Ustaz Azmer Hisyam bin Azman ( berbaju coklat ) menanyakan sesuatu pada barisan Exco yang hadir semasa sesi soal jawab.


Ketua Unit Kebudayaan, seni dan Sukan DMPD Ustaz Muhammad Aiman Bin Ahmad ( sedang menulis ) turut hadir mendengar masalah ahli DPMDM.


Sebahagian ahli DPMD tepi kuliah Syariah kawasan Imam Syafie sedang tekun mendengar taklimat setiap Exco DPMD. saya ( sedang ambil gmbr ) hehe2


muka2 baru ahli DPMD tepi kuliah yang bersemangat. syukran kerana sudi hadir dan memberi kerjasama pada ketua mantiqah Tepi Kuliah Syariah.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz