Saturday, October 24, 2009

> Kenangan Majlis Perkahwinan 2007/2008


Salam..em sj nk kongsi gmbr Xlusif keluarga..gmbr ni diambil mase majlis perkahwinan kakakku pada 13 Disember 2008 di Taiping Perak..mase tu saya kt Mesir lagi, xdapat nk balik..waa...sedih sgt..masuk ni dah 2 kali xdapat dtg..dah la mase ni saya tgh nk berperang dgn imtihan..sabar je la..

Semasa majlis perkahwinan, gambar kenangan dri kiri mak andak, kakakku, adik bongsu no 10, adik no 9 dan kakak no 6, duduk opah dan bondaku..Faridah bt mohamed bersama sepupu dn anak sedara.

Raja Sehari Majlis perkahwinan abangku no 3 semasa akhir Disember 2007..mase ni pun saya xde..baru berlepas ke Mesir..sedihnyer..2kali dah xdpt dtg majlis perkahwinan abg dn kakakku..yer la...buat time nk imtihan..em sabar ye Farihan..ni la pengorbanan namany..
Read more »

Tuesday, October 20, 2009

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.
Read more »

Friday, October 16, 2009

Kereta polis terpantas




16 Oktober 2009 : DUA anggota polis Itali (memakai sut) bersama polis Switzerland (tengah) bergambar di hadapan kereta polis trafik Itali, Lamborghini Gallardo, yang merupakan kereta polis terpantas di dunia semasa berhenti di kawasan rehat Bellinzona, selatan Switzerland, baru-baru ini.

Lamborghini tersebut dipamerkan di sidang polis antarabangsa di Belanda. - AP

Read more »

Tuesday, October 13, 2009

> Lelaki Terkecil Dunia


KHAGENDRA berdiri dekat kek hari lahirnya yang ke-18
di Nepal baru-baru ini.



KATHMANDU - Lelaki terkecil di dunia, Khagendra Thapa Magar menyambut hari lahir yang ke-18 bersama keluarga dan rakan-rakannya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja Nepal setinggi 60 sentimeter itu masih menunggu pengesahan Rekod Dunia Guinness selepas dia didapati beberapa sentimeter lebih rendah berbanding pemegang rekod dunia, He Ping Ping dari China.

"Pada usia ini, saya menyimpan dua impian iaitu mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness selain beristeri wanita sekecil saya dan mempunyai empat orang anak," katanya yang dilahirkan pada 4 Oktober 1992.- Agensi


Read more »

Sunday, October 11, 2009

> kenangan di Restoren Hadral Maut di Sabi' Kaherah


Kenangan bersama di depan Mat'am Hadral Maut di Hayyu Sabi' pd 10 syawal lalu, dari kiri ustaz Azam Azizi, Hafizuddin, Lokman, Abdul Rahman, saya
dan Dr Yusri selepas berbuka puasa.


tgh menunggu berbuka puasa, nasi briani wa firakh rubuk..
mmg sedap la klo siapa yg xpenah pegi Hadral Maut,
sesiapa yg blm pi bleh mencuba.


posing jap..perut tgh lapar..berbunyi2 dah,
air burtuol tu farihan sponser tau..hehe


aduh..org nk bergambar korang ni menyebuk jer..cacat dah gambar..
dah mkn bayar nafsi2 tu..


mane arab ni..jgn main2..lagi 2 minit nk berbuka ni..taal ya basyar..ihna kullu soimin..yallah..huhu
Read more »

> Kenangan bersama di City Star Kaherah

Di City Star Mall di Kaherah, Pusat Membeli belah terbesar
di Egypt pada 9 Syawal.


Kenangan bersama ustaz Yusri dan Ustaz Azam Azizi
di City Star Mall.


Di Mall jalan2 cari mkn..


Diluar City Star Mall..kenangan bersama Azam Azizi sblm
balik ke Malaysia 19hb Oktober ni.


Lapo la plk lps jalan2 kt Mall ni, xtahu nk mkn gapo..mahal blako.
last2 kedai Man chow wok jadi pilihan..

Read more »

Saturday, October 10, 2009

> Syeikhul Al_Azhar Mesir Haramkan Purdah



KAHERAH 9 Okt. - Syeikhul Al_Azhar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi (gambar) berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.

Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.

Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.

Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam.

Kebanyakan mereka menyatakan purdah tidak diperlukan kerana ia sekadar satu adat kaum nomad di gurun-gurun Arab sebelum kedatangan Islam.

Kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan.

Sementara itu, di Toronto, pertubuhan penduduk Islam Kanada menggesa kerajaan mengharamkan pakaian tradisional yang menutup muka, dengan menyatakan ia adalah simbol penindasan terhadap wanita oleh golongan radikal yang tidak mempunyai asas dalam Islam.

Kongres Islam Kanada mendesak pengharaman tersebut kerana menurut mereka, amalan menutup wajah tidak sewajarnya wujud dalam masyarakat yang menyokong hak sama rata antara jantina.

"Masyarakat Islam seluruh dunia tahu bahawa pakaian yang menindas wanita ini dipromosikan oleh Taliban dan al-Qaeda," kata pengasas kumpulan tersebut, Tarek Fatah.

Katanya, pengharaman tersebut tidak boleh meliputi hijab, iaitu pakaian tradisional yang tidak menutup wajah.

Tambahnya, tidak ada dalam mana-mana teks Islam termasuk Al-Quran, yang menyuruh wanita menutup wajah termasuk undang-undang Syariah yang paling konservatif. - AP

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz