Tuesday, August 16, 2011
> Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.
Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
-------------------------------------------------------------
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT; Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Monday, August 15, 2011
> Jakim sahkan mentega haram
|
| MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal. |
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
> Iftor dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Perak dan Rombongan
Pegawai Perak (duduk berjanggut) dan rombongan daripada Yayasan Perak
beramah mesra bersama anak Perak di Damanhur.
Rombongan Pegawai Perak daripada Malaysia datang membuat penyelidikan berkaitan kehidupan Pelajar Perak di seluruh pelusuk Mesir, turut kelihatan Us Arip (kanan) setiausaha agong DPMDM 2011. Kiri skali Hakimi dari Kaherah
yang berkopiah berbaju kemeja putih tu Dato'..tpi sy lupa plk nama dia, smlm ingat dh..antara rombongn yang datang daripada yayasan Perak membuat penyelidikan di sini smlm.
Us hakim antara orang kanan Pegawai Perak di Damanhur mempengerusikan majlis ramah mesra smlm di HUDA damanhur.
Sunday, August 14, 2011
> Treler paling Mewah ~
LOS ANGELES - Aktor terkenal, Ashton Kutcher mempunyai kediaman mewah di dalam sebuah treler yang disewakan untuk para selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini isteri Kutcher, Demi Moore pernah menggunakan treler dua tingkat itu yang memiliki ukuran panjangnya 16 meter (m) dan seberat 30 tan.
Treler itu mempunyai teknologi hidraulik bagi menampung ruang skrin wayang tiga dimensi, ruang tamu yang luas dan dua bilik mandi.
Ia juga mempunyai dapur yang mempunyai hiasan granit dan ruang persidangan.
Di luar treler itu, terdapat kamera keselamatan dan apabila loceng pintu dibunyikan, bunyi sistem stereo dan televisyen akan tergendala.
Televisyen di dalam treler itu akan menyiarkan imej individu yang menekan loceng tersebut.
Sistem imbasan ibu jari tangan turut dipasang di pintu masuk ke bilik tidur utama.
Selebriti lain yang pernah menggunakan treler rekaan Ron Anderson dari firma Anderson Mobile Estates itu ialah Mariah Carey, Sharon Stone dan Vin Diesel.
Bayaran AS$8,750 (RM26,263) dikenakan kepada pelanggan yang mahu mendiami treler tersebut selama seminggu.Friday, August 12, 2011
> Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis
12/08/2011 6:21pm
LUMUT — Kerajaan negeri Perak akan menubuhkan sebuah lagi institusi pengajian Islam bertaraf kolej sebagai usaha melahirkan lebih ramai ulama dan ilmuan Islam, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata, kolej itu yang akan menjadi satu-satunya seumpama itu di Perak dicadangkan dibina di sebuah tapak di Ipoh dan kertas kerja berkaitan dengan penubuhannya sedang giat disediakan.
"Kerajaan negeri berharap, penubuhan kolej baru itu dapat melahirkan golongan cerdik pandai Islam yang berketerampilan dalam bidang pengajian Islam, Al-Quran dan Hadis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan van jenazah yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional di Kampung Sungai Tiram dekat sini hari ini.
Beliau berkata, kos pembinaan kolej tersebut masih dalam kajian dan hanya dapat dipastikan sebaik sahaja kertas kerja penubuhannya itu siap tidak lama lagi.
Katanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) kepada Kolej Universiti Islam Darul Ridzuan bagi menyediakan lebih banyak lagi peluang kepada lepasan Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.
Zambry berkata, bagi tujuan itu, Rektor Kisdar Prof. Madya Dr. Jamil Hashim dan pasukannya sedang giat menyediakan kertas cadangan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada peringkat universiti.
"Ini antara komitmen kerajaan negeri yang prihatin dengan institusi pengajian Islam di negeri ini termasuk akan memperhebatkan lagi penubuhan Maahad Tahfiz di setiap daerah,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan tanah seluas kira-kira 5,000 ekar bagi tujuan tabung khas untuk menjaga kebajikan Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri.
"Kemudahan infrastruktur semua Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri juga akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna di situ,”Wednesday, August 10, 2011
> Restoran mamak zon bebas rokok
PUTRAJAYA – Selepas mewartakan 26 kawasan larangan merokok, Kementerian Kesihatan kini berhasrat untuk memperluaskan kawasan larangan tersebut terhadap premis makanan pula meliputi restoran-restoran mamak dan kedai-kedai kopi di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya kini telah bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan itu sekiranya mendapat reaksi positif daripada semua lapisan masyarakat.
Katanya, orang awam perlu memberi restu kepada pihak kementerian untuk membolehkan kawasan terbabit diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Subperaturan 11(1) - Tempat-tempat Larangan Merokok.
“Kita juga memerlukan maklum balas daripada persatuan-persatuan berkaitan bagi membolehkan pelaksanaan tersebut dijalankan serentak dengan kemahuan orang awam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini semalam.
Menurut beliau, berdasarkan peruntukan sedia ada, kementerian sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak seperti syarikat dan pemilik kawasan-kawasan persendirian bekerjasama untuk mewujudkan zon larangan merokok.
“Ada banyak syarikat besar mahu penguatkuasaan zon larangan merokok dilaksanakan di tempat atau kawasan mereka dan kita amat mengalu-alukan hasrat syarikat-syarikat ini












































