Sunday, September 25, 2011

> Aktiviti untuk hari ini dan esok ~

26hb 10 2011 ~ Assalamualaikum semua..smg dalam keadaan sihat, hari ni ade syafawi dan takyin untuk ssiapa yg de ambik madah usul fiqh dn fiqh syafie..lps tu merdeka la...em ptg ni de majlis kesyukuran plk untuk pelajar tahun akhir di rumah syarik gadid ~ ptg ni lps asar nak cari bahan2 plk untuk majlis kesyukuran malam ni..nak beli ayam 6 ekor ~ nk bakar ayam mlm ni..jgn jeles ek..

Em untuk aktiviti hari esok plk 27hb 10 2011..saye nak pegi kaherah..buat urusan terjemahan sijil di kedutaaan Malaysia Abasiyyah..em lps tu nk pegi Ghamroh nk selesaikan urusan kotak kargo..ade sekotak je lagi yg belum pos..em lps tu nk pegi Hussain nk beli brg2 sikit untuk balik malaysia ~ pe2 pun doakan perjalanan saya ok..

semoga kita sihat dan ceria sentiasa...
Read more »

Friday, September 23, 2011

Universiti Al-Azhar berhasrat wujudkan Pusat Islam Arab di Pahang


KAHERAH: Institusi pengajian tinggi tertua di dunia, Universiti Al-Azhar berhasrat menubuhkan Pusat Islam Arab di Pahang bagi membantu pelajar di Malaysia menguasai bahasa Arab dengan lebih berkesan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Pemangku Presiden universiti itu, Prof Dr Mohammed Hassaan Awad di sini.
Adnan yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Mesir berkata, Universiti Al-Azhar secara dasarnya bersetuju menghantar para ilmuan mereka ke Pahang bagi mengajar bahasa Arab khususnya kepada pelajar sekolah agama.
"Perkara ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam mesyuarat kerajaan negeri akan datang dan saya akan turut maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) berhubung cadangan Universiti Al-Azhar itu," katanya di sini.

Adnan berkata, bagi Pahang, penubuhan pusat itu mampu membantu memperkasa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar di negeri itu yang kekurangan tenaga pengajar khususnya dari negara Timur Tengah.

Ketika ini, katanya terdapat 14 guru bahasa Arab dari Arab Saudi di Pahang hasil usaha Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

"Kita lihat penguasaan bahasa Arab pelajar mula meningkat hasil didikan mereka yang pakar dalam bahasa berkenaan," katanya.
Adnan berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar membuka satu kuliah khusus bagi membantu pelajar Malaysia yang kurang mahir menguasai bahasa Arab
Read more »

Wednesday, September 21, 2011

> KEDAI JUBAH KAKULA DI TOBA, DAMANHOUR


Assalamualaikum pada sahabat2 semua, saya (berdiri baju biru) bersama teman2 menempah jubah kakula sebagai persiapan konvokesyen pada 9hb 10 2011 ni..kedainya mmg nampak menyedihkan, mcm kedai zaman 70-an dulu2..tapi untuk pengetahuan sahabat2 khususnya di mesir, inilah satu2nya kedai di damanhur yang yang menerima tempahan untuk jubah kakula..mmg terkejut..


kedai yang serba kekurangan inilah yang menyediakan jubah2 kakula al-azhar untuk para syeikh setiap pelusuk damanhur mahupun luar damanhur..papan tanda pun tulis ngn tgn jer..


sesi tawar menawar sebelum menempah..nk tau bape upah buat jubah kakula? LE 160..mmg mahal sikit..tpi berbaloi la klo nk buat kat malaysia entah bape kali ganda ~pada adik2 yg nk konvo akan dtg..gi la kedai ni..


haaa....knnnn...mmg penat mencari kedai ni


ustaz nyoi kelihatan teruja dtg kesini


ni la kedainyer..kecik jer..tpi boleh terima mcm2 tempahan ..mmg terbaik lah..


ustaz al hafish yang kelihatan seolah2 berpuas hati dgn kerja tgn pakcik ni, ukuran kali kedua dan tarikh dijangkan siap hujung bulan 9 ni..tak sabar nak konvo..
Read more »

> LAKSA ORANG DAMANHUR MESIR


Assalamualaikum semua, lame tak update blog..bz bc buku untuk exm~ paparan menarik untuk hari ini ialah laksa kedah, menu untuk tengahari smlm, btul2 mengingatkan saya mase mkn laksa kedah kat padang polo ipoh dulu2 ~ pe2 pun syukran ustaz apis z kerna menyediakan laksa untuk kami ~


laksa malaysia..biasenyer kalau di mesir guna makarona jer sebagai pengganti laksa ni,
kat mesir mmg tak ada jual ~ sekadar berkongsi..



Read more »

Tuesday, September 6, 2011

> Usia 7 tahun, tinggi 56sm

KAMA Mirezzanial dengan ketinggian 56sm bersama adiknya Kamarya Myzara.
KAMA Mirezzanial dengan ketinggian 56sm bersama adiknya Kamarya Myzara.
Zanial hidap Sindrom Sackle budak terpendek di dunia

KUALA TERENGGANU: Berikutan tumbesarannya terhenti sejak berusia lima tahun, Kama Mirezzanial Kama Rezmee, 7, dengan ketinggian 56 sentimeter mungkin lelaki terpendek di dunia, mengatasi rekod dipegang Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang masing-masing setinggi 60 dan 67 sentimeter.
Kama Mirezzanial yang dilahirkan pada 2 Mac 2004, adalah cahaya mata kepada pasangan Kama Rezmee Kamaruddin, 36, dan Masitah Md Yusof, 34, anak Terengganu yang kini mengusahakan perniagaan penyediaan makanan di Seri Kembangan, Selangor.
Penulis yang berkunjung ke rumah nenek Kama Mirezzanial, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, di Taman Permint Jaya, Chendering di sini, terpegun melihat keletah dan keadaan fizikal si kenit itu yang lebih mesra dengan panggilan Zanial.

Walaupun sudah memasuki usia Tahun Satu, keadaan fizikal Zanial tidak seperti rakan sebayanya, malah dia hanya berdiri setakat pinggang adiknya Kamarya Myzara, empat tahun, sekali gus setiap yang melihat pasti menyangka Zanial yang hanya seberat 4.8 kilogram adalah adik.

Kama Rezmee berkata, Zanial tidak ada masalah kesihatan dan dia seorang yang periang kecuali agak pemalu dengan orang yang belum pernah ditemuinya.

Dengan keadaan fizikal yang menyamai bayi berusia dua tahun, Kama Rezmee berkata, Zanial sentiasa menjadi perhatian ramai apabila mereka keluar bersiar-siar dan ramai yang akan mengambil kesempatan mendukung anak sulung daripada dua beradik itu.
"Zanial dilahirkan di Hospital Putrajaya menerusi pembedahan ketika kandungan isteri saya lapan bulan.

“Selepas dilahirkan, Zanial hanya sebesar tapak tangan dan beratnya 550 gram, manakala jari tangan sebesar batang mancis dengan kepala sebesar bola tenis,” katanya yang mengakui berasa bangga mempunyai seorang cahaya mata dikategorikan sebagai insan istimewa.

Kama Rezmee yang juga anak kepada pasangan atlit olahraga negara Allahyarham Kamaruddin Maidin dan Rajemah, kini berada di rumah ibunya di Terengganu bagi merayakan Aidilfitri.

Selepas dilahirkan, Zanial ditempatkan dalam wad khas selama 10 hari dan kemudian diletakkan dalam inkubator selama 75 hari dan ketika itu keluarga dimaklumkan peluang untuk Zanial hidup sekitar 35 peratus saja.

Rejemah pula berkata, keluarga dimaklumkan doktor tumbesar Zanial terbantut kerana menghidap ‘Sindrom Sackle’ dan mereka mengalami gejala itu mempunyai wajah hampir serupa.

“Saya terpanggil untuk memberitahu kepada media apabila membaca akhbar Berita Harian sebelum ini yang melaporkan mengenai Khagendra, lelaki kedua terpendek di dunia kerana saya juga mempunyai cucu lelaki yang mana dari segi saiz fizikal dan rupa parasnya hampir sama dengan Khagendra.

“Zanial tidak ada masalah kesihatan dan sentiasa riang dan boleh berkomunikasi dengan baik walaupun percakapannya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap,” katanya sambil menambah Zanial kini mengikuti pembelajaran dari rumah kerana bimbang keselamatannya jika dihantar ke sekolah.

Sementara itu, The Malaysia Book of Records yang dihubungi berkata, pihaknya akan memeriksa kriteria ditetapkan sama ada Zanial layak menyandang status lelaki terpendek di dunia.

Menurut wartawan penyelidiknya, Myra Dzaman, usia Zanial masih kanak-kanak berbanding Junrey dan Khagendra yang dalam lingkungan umur belasan tahun.

Sebelum ini, status lelaki terpendek di dunia dipegang He Ping Ping dari China yang tinggal di Inner Monggolia dengan ketinggian 74.6 sentimeter. Bagaimanapun, beliau sudah meninggal pada Mac lalu ketika berusia 22 tahun
Read more »

> Tangkap buaya gergasi di Filiphina



GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.


MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu ase
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz