Wednesday, July 27, 2011

> MPK larang wanita Islam jadi pelayan pelanggan mulai tahun depan



KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.
Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.
"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terbabit meminum minuman keras.

Zulkifli berkata, selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
"Kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya.
Read more »

Tuesday, July 26, 2011

Tinggal kenangan - Selamat Tinggal Imarah Amerika

sblm berpindah,keadaan rumah bersepah2,kebanyakan brg2 ditabaruk dan dijual

selepas kemas, kelihatan kosong,cume tinggal sofa kepunyaan tuan rumah




keadaan bilik saya sblm dikosongkan


selepas dikosongkn, yg tggal hanya katil dan tilam kepunyaan tuan rumah, selamat tinggal bilikku,bnyk kenangan yg berlaku manis sepanjg duduk disini, bye2..

keadaan bilik Wan dan Yaser sblm pindah..

selepas kemas, kedudukan katil dan almrai diubah dalam keadaan asal pada tahun 2008

bilik kesayangan Alhafish dan pok Cek sblm berpindah..


selepas kemas, kelihatan kosong, semua brg2 diangkut kerumah sementara,cuma tinggal katil kepunyaan tuan rumah..sedey

keadaaan dapur 20hb 7 2011


selepas 24hb 7 2011..


sebelum, berselerak dan memeningkan kepala


selepas kemas, mmg kami tak tinggalakn 1 barang pun kat tuan umah yg kedaun ~ licin selepas dijual ...selamat tinggal teratak azhari.......
Read more »

> Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada Ahad


KUALA LUMPUR 26 Julai - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga
Read more »

Sunday, July 24, 2011

10 Langkah Menyambut Ramadhan




1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur dan membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Read more »

Saturday, July 9, 2011

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'



MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

Read more »

Thursday, July 7, 2011

Facebook lancar panggilan video


MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin.


NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini.
Read more »

Wednesday, July 6, 2011

> Meraikan sempena selesai sudah imtihan smlm di Qasrul Hidayah


amboi punya la sibuk pok cek ni smpai nk pandg camera pun tak sempat, senyum apiz..tak cukup tuh ~


Us Al-Hafish Z dan penyemoncer majlis mlm ni Us Yaseer, syukran ler, sbb tu dia mkn 1 pinggan besar, yang lain semua sepinggan kongsi dua ~


Tambah jgn tak tambah..menu nasi daging clepot, meri usha aper tuh, nk tambah ker


pok cek, meri, yaser, apis ramli, apis zakaria, ridzwan dan farihan je yg dtg..sori la tak jemput..
alhamdulillah mmg kenyang..kalau ramai dtg mgkin tak kenyang kot..hehe




saya dan apis ramli yang tgh tak sabar nk menjamu selera nasi daging bakar ~
jemput mkn kwn2 ~






Read more »

> Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta



PORSELIN digunakan sebagai material utama untuk kemasan dalaman dan luaran Bugatti Veyron ini.


BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman.
Read more »

Monday, July 4, 2011

>> Saluran gas Mesir diletup


Api menjulang tinggi selepas berlaku letupan saluran paip gas dekat bandar El-Arish, 50 kilometer dari sempadan Mesir dan Israel, semalam.


ISMAILIA, Mesir 4 Julai - Saluran paip gas dari Mesir ke Israel dan Jordan diletupkan dalam satu kejadian sabotaj hari ini, sekali gus memaksa penutupan aliran gas.

Menurut sumber keselamatan Mesir, letupan itu berlaku awal pagi ini di sebuah stesen saluran paip gas di utara Semenanjung Sinai di Bir Abd, kira-kira 60 kilometer dari timur Terusan Suez.

Ia merupakan serangan ketiga sejak Februari lalu di saluran paip gas yang sama, yang menyalurkan gas asli ke Israel dan Jordan.

Sumber keselamatan berkata, beberapa lelaki dilengkapi mesingan menaiki sebuah trak kecil memaksa pengawal keselamatan di stesen tersebut meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mereka menanam bahan letupan.

"Kami masih belum mendapat maklumat yang lengkap sehingga kini, tetapi pada dasarnya letupan itu sama dengan dua letupan yang berlaku sebelum ini," kata satu lagi sumber lain kepada Reuters.

Jelas sumber itu, syarikat gas asli yang mengendalikan saluran paip itu segara menutup aliran gas sejurus letupan berlaku.

Saksi berkata, bunyi kuat letupan turut kedengaran di gurun tersebut, menakutkan penduduk sekitar dan api yang menjulang tinggi dapat dilihat dari lokasi kejadian.

Letupan yang berlaku pada 5 Februari dan 27 April lalu telah menyebabkan saluran paip itu ditutup selama seminggu.

Saluran paip gas itu dikendalikan Gasco, sebuah syarikat pengangkutan Mesir yang merupakan anak syarikat kepada syarikat gas nasional, EGAS
Read more »

>> Sorry la lps ni nk stop pakai Internet dah ~

4hb 7 2011 Assalamualaikum selamat sejahtera, untuk pengetahuan sahabat2 semua internet yang saya pakai ni akan tamat tempoh mungkin esok ataupun lusa, lepas ni mugkin tak sambung internet dah, sebab saya akan berpindah kerumah lain, jadi mugkin lepas ni susah la sikit nak update blog saya, nak call sahabat2 dan keluarga, so faham2 la ye, kalau nak guna internet pun terpaksa la kena pegi cc, em mcm malas jer nak gi cc dah.

Kemungkinan lepas 6hb 7 ni, saya akan berkemas2 barang untuk berpindah kerumah kawan untuk sementara waktu je sblm balik ke Malaysia, jadi kepada sahabat2 saya, doakan saya dan sahabat2 disni cemerlang dalam imtihan ni, ilal liqa, maal salamah ~

Assalamualaikum

- Farihan Helmy Rasdi
Read more »

Saturday, July 2, 2011

>> Musim Anggur Lo ni...Jom




Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz