Friday, April 29, 2011

> Drebar teksi acu pistol

IPOH: Siri serangan dan rompakan terhadap pelajar Malaysia di Mesir kian membimbangkan apabila terbaru, dua pelajar diacukan pistol oleh penjenayah berpeleseran menaiki teksi sebelum disamun.

Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, dua pelajar dari Selangor dirompak berhampiran kawasan Bawabah 3 menuju ke Hayyu Sabi, Kaherah.


Difahamkan, dalam kejadian itu, penjenayah yang memberhentikan teksi hitam berhampiran mangsa mengacukan pistol sebelum memaksa mangsa menyerahkan pasport dan telefon bimbit mereka.

“Penyamun kemudian memaksa pelajar terbabit mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan balik barang berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.


Kes jenayah itu adalah yang terbaru selepas kompleks asrama pelajar Terengganu di Mesir dipecah masuk dua penjenayah lelaki Arab yang melarikan telefon bimbit dan kamera digital milik pelajar pada Jumaat lalu.


Kejadian berlaku ketika pelajar lelaki sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat tanpa menyedari kompleks asrama itu dipecah masuk penjenayah. Kejadian di tingkat lima asrama disedari seorang pelajar lelaki sebelum menyergah kedua-dua penyamun berkenaan yang sedang menggeledah salah sebuah unit kediaman.

Akibat panik, penyamun terus melarikan diri dan hanya sempat merampas sebuah telefon bimbit dan kamera digital dengan meninggalkan empat guni penuh berisi pakaian dan barangan milik pelajar yang mahu dilarikan.


Susulan kejadian jenayah membabitkan pelajar Malaysia yang semakin meningkat itu, pihak PMRAM menasihati pelajar supaya lebih berhati-hati dan digalakkan menaiki bas awam beramai-ramai untuk mengelak daripada disamun.

dipetik dari : Harian Metro 30hb 4 2011

Read more »

> Mesir buka sempadan Palestin



Dubai 29 April – Mesir akan membuka sempadan Rafah ke Palestin secara kekal bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza, kata Menteri Luarnya, Nabil al-Arabi dalam satu wawancara dengan al-Jazeera hari ini.

Beliau berkata, Mesir juga akan melakukan beberapa langkah penting bagi melonggarkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Katanya, Mesir tidak lagi akan menyekat satu-satunya lintasan ke Palestin itu selepas mengakui tindakan negaranya menutup sempadan itu sebagai ‘memalukan’.

Mesir menutup sempadan Rafah pada kebanyakan masa dan hanya akan membukanya untuk laluan kes-kes kemanusiaan tertentu dari Genting Gaza.

Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza pada 2006 sebelum mengetatkan lagi sekatan pada 2007 apabila Hamas menguasai wilayah tersebut daripada tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Sejak 2007, kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan Gaza bagi membawa masuk barangan keperluan mereka.

Kebanyakan terowong tersebut digunakan untuk membawa masuk barangan asas seperti makanan, barangan keperluan rumah, bahan binaan dan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan pejuang lain didakwa sering menyeludup masuk senjata dan wang melalui terowong sama.

Satu perjanjian 2005 yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) menetapkan Pihak Berkuasa Palestin dan Israel bertanggungjawab ke atas Rafah dengan pengawasan Kesatuan Eropah (EU).

Read more »

Wednesday, April 27, 2011

BERITA TERGEMPAR..!!


Assalamualaikum w.b.t, berita sedih dan mengejutkan buat saya dan ahli bait Teratak Azhari, ceritanya begini..4 hari lepas, pemilik imarah ( bangunan ) ini, Ahmad Said Mohandis, imarah yang dulu dikenali sebagai imarah ustaz muzakkir dan sekarang diberi nama imarah Amerika datang berjumpa dengan saya, waktu tu semua ahli bait tgh tidur lagi, berita yang saya dengar ni betul2 memeranjatkan saya dan ahli bait yang lain, pemilik bangunan ni bgtau yang sewa rumah ni akan dinaikkan kepada LE800 daripada LE650 pada asalnya.

Berita yang saya dengar ni betul2 menyebabkan saya naik angin dan berlakulah sedikit pertengkaran mulut saya dengan pemilik bangunan hari tu, nak dijadikan cerita pemilik bangunan ( kami panggil baba je) tetap dengan keras kepalanya dan tidak berperikemanusiaan menjawab kenaikan sewa ni muktamat, alasanya sebab barang semuanya mahal sekarang..itu je alasanya.

Petang tu saya bgtau ahli bait semua, semuanya tercengang mcm ada hantu kak limah lalu depan depa jer, malam tu jgk kami buat mesyuarat ahli bait, setelah ditolak, dicampur,dikali dan dibahagi, satu kepuusan sudah disepakati, apa dia??
Untuk nak mengajar baba yang zalim ni, kami bersepakat kami nak keluar dari rumah ni, ( dikenali teratak azhari )hanya tinggal kenangan, rumah ni tersenarai rumah paling strategik,paling dekat dengan kuliah, paling besar dan diiktiraf paling cantik dalam pertandingan islamic villa, tapi apakan daya, keputusan sudah dicapai, kami akan kosongkan rumah ini selepas exam ni.

Jadi kepada sahabat2 saya di damanhur ini, khususnya dimantiqah tepi kuliah, satu pengumuman yang saya nak sampaikan pada kalian semua, saya FARIHAN HELMY BIN RASDI selaku bendahari agong dalam rumah ini, sesiapa sahaja yang berkenan dan berminat barang2 yang ada dalam rumah ini, contohnya karpet,tv,computer,kipas,barang dapur,mesin basuh dan pelbagai lagi, silalah ambillllllllllllll, bila??????? bukan sekarang.!!!! selepas je Exam fasa 2 ini selesai, kalau korang tak nak, kami nak lelong kat BEKIYAK..

Teratak Azhari dalam kenangan, saya akan ingat kenangan2 yang pernah berlaku dalam rumah ini dengan ahli2 bait sampai bila2..dulu imarah Amerika betul2 meriah, dari tingkat 1 sehinggalah tingkat 7, semuanya orang Malaysia, selepas ini sunyi sepilah tepi kuliah ni, kami seua dah muak, tak tahan, pening, sakit hati, ape lagi??? korang tambah la sendiri ~ dgn perangai dan sikap baba yang kedekut,ingat kami ni tauke beras ker? ape2 pun rumah ni batul2 nak dikosongkan, yer lah lagi pun ahli bait ni semuanya tahun akhir belaka, doakan kami najah semuanya yuk, ameen...jumpe lagi..k
Read more »

Cubaan kedua : Kek Pandan : jadi


Cubaan kedua saya, kek pandan ~ syukran pada kwn2 yang memuji..walaupun nampak mcm entah ape2 je..tpi rasa dia btul2 sedap wlupun kwn bagi B+..iallah nti nk cube wt kek coklat plk
tpi nk cari serbuk coklat kat mesir ni mcm susah jer ~



atas tu sj jer letak ros ~ sj jer nk nampak cantik ~
tpi tak cantik pun ~ xkisah ler..






naik molek kn? hehe pada kwn2 yg terliur tu sory la ~ sj nk cube2 buat..
dok umah terase bosannyer..

Read more »

Tuesday, April 26, 2011

Al-Ghazali : Adab Seorang Guru



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2- Lambat marah.

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8- Membimbing murid yang bebal.

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Kepada pemilik yang bernama Siti Aminah Binti Sedek, pos ni khusus untuk awak yang akan menjadi guru tak lama lagi, sedikit nasihat, peringatan dan tips daripada kitab terjemahan Bidayatul Hidayah semoga mempunyai persediaan mental, emosi dan rohani yang terbaik bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, semoga beramal ~ :-)
Read more »

> Tips Hari Pertama Mengajar di Sekolah

gambar hiasan

Langkah-langkah utama yang perlu diberi perhatian :

1. Memohon pertolongan daripada Allah SWT secara berterusan dalam melaksanakan tugas yang berat ini.

2. Ingat selalu terhadap objektif dan matlamat pengajaran dan hasil dari pengajaran yang akan diperolehi nanti.

3. Gigih dan tekun dalam mengajar.

4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang pendidik.

5. Timbulkan rasa kasih sayang dan suka terhadap murid dan rapat dengan mereka tetapi bersikap tegas.

Langkah-langkah khusus hari pertama mengajar:

1. Anda melangkahkan kaki anda ke dalam kelas sebagai seorang yang serius, teguh, tenang dan tidak bersikap gementar, risau atau takut.

2. Anda menzahirkan air muka dan wajah anda sebagai seorang yang serius tetapi tenang, tidak terlalu suka dengan senyuman dan tidak terlalu garang dengan kemarahan. Dengan ini murid akan berasa takut kepada anda pada peringkat permulaan dan menyebabkan mereka mahu belajar dengan baik dan tidak berani melakukan perkara lain walaupun sesaat. Seolah-olah anda telah menguasai mereka.

3. Mendiamkan diri terlebih dahulu beberapa saat atau memulakan percakapan dengan tenang dan jelas berdasarkan keyakinan anda yang tinggi. Apabila anda diam terlebih dahulu, maka kelas pun akan menjadi senyap kerana murid baru pertama kali melihat dan mengenal diri anda. Apabila anda melihat ada murid bergerak ke sana sini, anda bolehlah menegur mereka terlebih dahulu.

4. Pastikan gaya dan cara percakapan anda teratur dan sedap didengar dan tidak terputus-putus atau gagap. Murid akan menilai diri anda berdasarkan gaya percakapan anda. Pada hari pertama ini, eloklah dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid dan guru.

5. Memberikan sepenuh perhatian mata anda kepada semua murid sama ada ketika bercakap atau diam. Jangan hanya memandang kepada seseorang atau sekumpulan murid sahaja. Ini akan memberikan peluang kepada individu atau kumpulan murid yang tidak diberikan perhatian membuat perkara-perkara yang tidak berkaitan.

6. Selepas bercakap dengan nada yang serius, anda bolehlah sedikit demi sedikit menzahirkan senyuman di wajah anda. Ini adalah supaya untuk mengambil hati murid dan tidak menyebabkan mereka rasa keluh kesah atau tidak senang hati terhadap anda.

7. Adalah penting bagi anda pada hari pertama ini anda bersikap tegas dengan mengawal keadaan disiplin di dalam kelas. Jangan beri langsung peluang kepada murid untuk bermain-main dan membuat bising. Apabila anda bijak berinteraksi dengan mereka, anda akan mampu mengawal kelas tersebut. Jika tidak, kelas itu akan menjadi tidak terkawal.

8. Selepas anda memperkenalkan diri anda, anda boleh meminta setiap murid memperkenalkan diri mereka pula. Jangan lupa mengucapkan kata-kata pujian dan semangat kepada mereka.

9. Menyesuaikan pengajaran dan percakapan anda dengan peringkat umur yang berbeza. Ini adalah kerana setiap tahap mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Cara membuka hati seseorang adalah berbeza walaupun pada prinsip asanya adalah sama.

Mungkin ada pembaca yang bertanya: "Adakah kita berada di medan peperangan?" Ya, memang boleh dikatakan sedemikian, tetapi ia adalah medan peperangan yang menyeronokkan, atau baru di permulaan perang sahaja, tetapi kemudian ia akan menjadi satu kerja yang paling menyeronokkan di dunia ini.

Read more »

> Seorang muslim akan menutup aib saudaranya yang lain




Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua tentang kewajipan seorang muslim menutup aib saudaranyayang lain.Seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah sentiasa menjaga kehormatan dan aib saudaranya. Segala kekurangan yang ada hendaklah ditutup dan jangan di ceritakkan kepada orang lain. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dan akan menutup aibnya dihari akhirat kepada mereka yang mengelakkan diri daripada mengumpat dan menceritakan keaiban saudaranya kepada orang lain semata-mata untuk menjaga maruah diri saudara seagama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat.
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dimuliakan,
Allah 'Azza wa Jalla cinta untuk menutupi aib makhluk-Nya, dan memerintahkannya (menutupi aib orang lain ), oleh kerana itu Allah mengharamkan tindakan mata-mata (mencari-cari) dan melarangnya, dan Rasulullah SAW telah memberitahukan bahawa siapa saja yang menutupi aib seseorang, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat, dan melarang mencari-cari aib kaum muslimin dan tindakan memata-matai (mencari-cari) mereka tentang pekerjaan yang mereka sembunyikan.

Sekarang ini sudah menjadi satu trend bahawa seorang begitu mudah untuk menabur fitnah dan mendedahkan aib seseorang yang menjadi musuhnya samaada artis sesama artis, ahli politik sesama ahli politik, usahawan sesama usahawan dan pemimpin pertubuhan sesama pemimpin pertubuhan yang lain. Hari-hari dada akhbar arus perdana mendedahkan pertelingkahan , perbalahan, tuduh menuduh di antara kumpulan-kumpulan tertentu yang bermusuhan saling mencari kelemahan dan kesalahan lalu mendedahkannya tanpa menyiasat sahih atau tidaknya suatu berita itu. Trend yang biasa dibuat adalah membuat lapuran polis, membayangkan seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah mempunyai bukti dan kebenaran.

Hakikat sebenarnya perbuatan mereka adalah amat bertentangan dengan ciri-ciri akhlak Islam kerana banyak kes di dapati isu-isu yang dibawa hanyalah propaganda kosong yang hanya menambahkan kebencian, permusuhan dan perpecahan dikalangan umat Islam.

Di dalam Islam terdapat kaedah untuk menyelesaikan sesuatau perbezaan pendapat iaitu dengan berbincang dan bermuzakarah secara baik dan sopan mengikut lunas-lunas ajaran Islam.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa' ayat 59).

Jika umat Islam tidak kira mereka daripada kumpulan mana , kembali kepada ajaran Islam sebenarnya dan menjadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai penduan dan ikutan maka umat Islam akan bersatu dan ukhuwah Islamiah dapat dibina dan ikatan silaturahim dapat disambung semula.

Tidak ada untungnya seseorang mempertahankan pendapatnya yang mungkin betul atau salah, sedangkan melahirkan perpecahan, perbalahan dan memutuskan silaturahim adalah haram dan berdosa besar.

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

"Dari Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka".
(Hadis Riwayat Nasaie)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kita iaitu sifat suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib , menghina dan menjatuhkan maruah seseorang. Sayangkanlah segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang kita telah lakukan sejak akil baligh hingga sekarang supaya ianya tidak terhapus begitu saja disebabkan kita melayan suasana masyarakat yang suka buat fitnah dan mendedahkan aib seseorang dan kita berada bersama-sama kumpulan tersebut.

Ingatlah ketika kita berada dimahkamah keadilan Allah di hari akhirat nanti, ketika itu tidak ada wang ringgit yang akan digunakan untuk menebus dosa-dosa kita, yang akan kita jadikan cagaran adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita kerjakan ketika di dunia. Jika amalan kebaikan dan pahala kita terlalu sedikit bagaimana kita nak tebus dosa-dosa kita yang banyak dan bertambah setiap hari?

Oleh itu marilah kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT dan memohon maaf kepada sesiapa saja yang kita telah dedahkan aibnya , mengumpat dan menaburkan fitnah. Hanya inilah saja dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi muflis dihari akhirat nanti.
Read more »

Monday, April 25, 2011

> Misteri 10 jari dikerat 'cantik'



SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui semalam.


GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.

"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Read more »

> Pertama kali buat kek pisang ~ jadi plk ~


dok mesir ni smuany menjadi..pertama kali plk tu..mmg lembut..


baru letak 5 minit dan abis ~


mmg sedap dn menjadilah ~ lepas ni bleh la buat lagi sbb dh pandai buat ~


ni bukan hangit ~kek pisang mmg warna ni ~ blm belah lagi ~


sedapnyer..nti klo de mse mmg nak buat lagi ~


tangkap gambar gune hp jer..mmg ahli bait puji lah ~ dia ckp A+ lah farihan......



naik sungguh kn? hehe
Read more »

Friday, April 22, 2011

> Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco, Perak Tetap Haram

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian.

Read more »

Thursday, April 21, 2011

> 10 Wasiat Imam Syafie...

gambar hiasan


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Read more »

> Telur ayam sebesar duit syiling


CHLOE HEATH-BYARD menunjukkan telur ayam yang kecil (kiri) dan telur ayam normal (kanan) di Gloucestershire, Britain baru-baru ini.


GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.

Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama.

Read more »

Sunday, April 17, 2011

Ngerinyer tgk ikan emas


ikan emas ni mmg tak ada mata 2 2 belah, berlubang jer..sian kn?


Dah 7 ekor ikan emas dlm akuarium ni dah mati, semuanya sbb mata dia kena mkn, ikan ni punya pasal lah..mane la saya tau ikan sepat ni ganas..sblm2 ni ikan ni ok ja..


kalau diperhatikan btul2,ikan ni mmg hidup lagi, tpi mata dia dh hilang, berlubang..sian jer tgk,
tak tahu ler plk i8kan sepat selera mkn mata ikan emas..


Ikan emas ni dah mati sbb mata dia buta, ikan sepat ni la punya hal


Ikan sepat jantan ni kot, sblm ni mmg dia ok dgn ikan2 emas, elok ja..sejak2 akhir ni dia suke plk mkn mata ikan emas, sori la kami terpaksa jatuhkn hukuman bunuh pada ikan sepat nih


ni la rupe akuarium umah saye, mmg bnyk ikan emas dlm ni, tpi 7 ekor dh mati sbb kehilangan mata, ingtkn ikan besar tu mkn, rupanya ikan sepat


hidup lagi, tpi kami yg tak sggup tgk dia hidup sbb hidup tanpa mata..last2 kami buang je


mati da...sedeyy....waa.....
Read more »

Saturday, April 16, 2011

> Burger kobra


DAGING ular tedung dipercayai mengandungi protein yang tinggi.


JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger.


JIKA dahulu ular tedung menjadi penawar penyakit, kini fungsinya berubah sebagai makanan manusia.


Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak.

Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor.

Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain.


SEBIJI burger kobra dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).


Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya.

Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam.

Harga bagi sebiji burger kobra dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).

Read more »

Thursday, April 14, 2011

Kerang Mesir

Kerang Mesir ~
Kerang ni kena direndam dgn cabai kering dulu ~ supaya kerang ni mati dn muntahkan tanah2 yg dia mkn ~ isi di8 mmg besar ~ tak mcm Malaysia ~


besar btul ~ kat Malaysia tak penah jumpe kerang besar mcmni, ni ahli bait beli smlm untuk mkn tghri tdi, beli di Alex..4 kilo Le10.00 jer..org arab mmg tak mkn kerang ~ sbb tu susah nak jumpe org arab jual ~


beso kn kerang Mesir?? 4 biji dh penuh tapak tgn ~
ni menu tghri kami hari ni, kerang rebus ~

Read more »

Gambaran Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Read more »

Wednesday, April 13, 2011

Cara Potong Kuku Amalan Rasulullah S.A.W






Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.(perselisihan pendapat).

Wallahu A’lam
Read more »

Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi 1600 meter



POSTER menunjukkan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi.


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.
Read more »

Tuesday, April 12, 2011

3 Pengangkutan Utama Damanhuor


Sedikit Pengetahuan Am yang Farihan nak kongsikan pada korang di Malaysia semua, bas ataupun orang Mesir paggil utubis( bahasa pasar Mesir ) menjadi kenderaan terpenting di damanhour, warna rasmi bas damanour ialah merah putih dan tambang sehala mmg murah, hanya 50 qirs ( 15sen duit kita ),tetapi bas ni menjadi kenderaan ketiga terpenting dikalangan pelajar Malaysia di Damanhour.


Pegi la mane2 pun, hanya 15sen duit kita, kalau kena pada waktu2 sibuk, nak pijak tangga bas pun tak lepas ~

Kenderaan popular di Damanhour, mmg banyak giler kenderaan ni kat Damanhour, org kita panggil van, org indon panggil oplet, tapi org Malaysia kat sni pggil Tranko, nk gi luar kawasan Damnhour mmg kena naik Tranko ni, murah tapi pening.


Sampai di Mesir pun ada kereta PAS,hehe Untuk pengetahuan anda, ini bukan kereta orang PAS, tetapi ini kenderaan utama pelajar2 Malaysia di Damanhour untuk bergerak ke Kuliah ataupun kemana je, warna rasmi taksi kat Damanhour mmg warna hiuau putih, tambang taksi kat sini hanya 2.00 gunaih sahaja kebiasaannya , pegi la ceruk Damanhour mane pun ~ satu lagi..taksi kat Damanhour semuanya jenis mcm gambar diatas ni..xde jenis yg lain..uzurkn? tapi ok jer ~

Read more »

Perjumpaan Pejuang As saurah dan Pegawai Perak

Dewan Malaysia Abasiyyah Cairo tempat perjumpaan dengan pelajar perak hujung bulan 2 lepas, maaf la lambat upload, terlupa ~


Lulusan M.A Darul Iftah Ustaz Mior, memperkatakan sesuatu pada
pelajar Perak yang tak balik Malaysia, turut kelihatan
Pegawai Perak ( pakai lebai ) dan Ustaz Afifi.

Muka2 pelajar Perak yang tak balik dari Zagaziq dan Dumyat,
muka saya mmg tak ada sbb saya yg ambil gambar semua ni, sedihnyer..
maaf..kualiti gambar tidak memuaskan..huhu


Pegawai Perak Ustaz Muhaimin memberi kata2 semangat pada baki pelajar perak yang tak pulang ke malaysia dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai untuk meringankan beban pelajar.


majlis santai dan ramah mesra dengan pegawai sambil mendengr
masalah2 pelajar perak yang tak balik malaysia.


Mat gambar rupanya Pegawai Perak ni..hehe
ni gambar di tingkat ke-2 di Arma..kelihatan semua bilik
tidak berpenghuni sbb semuanya balik Malaysia.


Hidangan istimewa, nasi ayam madu..saye dan afifi je yg bertungkus lumus
menyiapkan semua hidangan ni tau, mmg penat..



Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz