Read more »
Thursday, March 31, 2011
> Menara Abraj Al Bait Kedua Tertinggi Dunia
Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kota Makkah, Arab Saudi. Apabila siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegis (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini.[2] Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m²).
Wednesday, March 30, 2011
> Kanak-Kanak Tiga Tahun Seberat 62kg
|
|
BEIJING 30 Mac - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di China menggemparkan laman Internet minggu lalu apabila mempunyai berat 62 kilogram.
Lu Hao dikatakan boleh memakan tiga mangkuk besar nasi sekali hidangan dan akan mengamuk selagi tidak kenyang.
The Sun melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak itu, Lu Yuncheng dan Chen Huan bimbang dengan pembesaran melampau anak mereka itu dan cuba mengurangkan makanannya, tetapi tidak berjaya kerana Lu Hao akan menangis tanpa henti.
Mereka juga telah cuba menggalakkannya berdiet tetapi turut gagal.
Lu Hao dilaporkan mengalami peningkatan lebih 9 kilogram tahun lalu.
> Ritz-Carlton Hotel Tertinggi di Dunia
HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.
Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.
"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.
Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya.Tercapai jgk nk mkn kopok leko ~
Tuesday, March 29, 2011
> Perak Haramkan Tarian Poco-Poco
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” kata mufti Perak semalam.
Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina, Malaysia???
MANILA - Sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun telah dikesan di Filipina semalam, tetapi Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.
Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil. "Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.
Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.
Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.
Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi.Monday, March 28, 2011
Pizza Buat Sendiri ~
Selamat kembali ke Mesir sahabat2ku