Thursday, August 12, 2010

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis


Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.

Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.

Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.

“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.

“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.

-dipetik dari utusan 13hb Ogos 2010

Read more »

Wednesday, August 11, 2010

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak


2 Ramadhan/12 Ogos 2010 saya Farihan Helmy Bin Rasdi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa, mudah2an kita semua dapat mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat dan mengislah diri, dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua kawan2 yg mengenali diri ini atas kekhilafan yang berlaku, semoga dibulan yg penuh rahmat dan barakah ini kita diampunkan dosa dan mendapat hidayah dan maghfirah daripada Pencipta alam semesta Allah Taala.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz