Saturday, February 27, 2010

> Hati-hati menjamu selera di KOPITIAM

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

- dipetik dari utusan Malaysia.
Read more »

Wednesday, February 24, 2010

> Jaulah Mahabbah Exco DPMD 2010

Suasana ketika "Jaulah Mahabbah Exco DPMDM" semalam selepas Solat Asar,walaupun sederhana tapi cukup meriah. Pengerusi DPMD 2010 Ustaz Amar Jamaludin turut hadir.


Ahli Bait Saudara Al-Hafish Zakaria ( duduk dikerusi ) dan sebahagian ahli kawasan Tepi Kuliah yang turut hadir. Turut Hadir wakil Imarah Gua Musang Ustaz Khanan ( berbaju coklat )


Pengerusi DPMD Beriwa rakyat yang sentiasa memahami dan mengambil berat masalah dan kebajikan ahli DPMD seramai 190 orang. Turut hadir Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMD Ustaz Mohd Salimi bin Ahmad ( sebelah kiri pengerusi )


Ustaz Azmer Hisyam bin Azman ( berbaju coklat ) menanyakan sesuatu pada barisan Exco yang hadir semasa sesi soal jawab.


Ketua Unit Kebudayaan, seni dan Sukan DMPD Ustaz Muhammad Aiman Bin Ahmad ( sedang menulis ) turut hadir mendengar masalah ahli DPMDM.


Sebahagian ahli DPMD tepi kuliah Syariah kawasan Imam Syafie sedang tekun mendengar taklimat setiap Exco DPMD. saya ( sedang ambil gmbr ) hehe2


muka2 baru ahli DPMD tepi kuliah yang bersemangat. syukran kerana sudi hadir dan memberi kerjasama pada ketua mantiqah Tepi Kuliah Syariah.
Read more »

Monday, February 22, 2010

> Rumah Ibadat Yahudi di BOM!

KAHERAH –20 Feb 2010- Seorang lelaki melemparkan bom buatan sendiri ke arah sebuah rumah ibadat Yahudi di sini semalam tetapi tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan, kata polis semalam.

Menurut laporan polis, seorang lelaki memasuki sebuah hotel yang terletak di tingkat empat sebuah bangunan di seberang rumah ibadat tersebut pada pukul 3 pagi waktu tempatan.

Semasa dia mendaftar masuk, lelaki itu melemparkan satu beg keluar dari tingkap bangunan berkenaan.

Menurut polis, beg itu mengandungi empat bekas minyak tanah dilekatkan pada satu botol mengandungi asid sulfurik sekali gus menunjukkan ia mahu digunakan sebagai bom.

Beg itu turut mengandungi pakaian, mancis dan satu alat pemetik api terjatuh ke laluan pejalan kaki di depan hotel dan terbakar sebelum ia berjaya dipadamkan.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dan dia kini diburu oleh polis.
Read more »

Saturday, February 20, 2010

> Farihan mengidam cucur kodok


Cucur kodok/cucur pisang yang tengah digoreng pagi td. Dah 2 tahun kat Mesir susah betul nak jumpe cucur kodok..sbb tu la saya buat, itupun sbb tibe2 je mengidam.


Cucur kodok yang siap untuk dihidang..aduh..sedap btul..bagi sesiapa kawan2 kat Mesir yang mengidan cucur kodok, buat la..jgn malas..ni hasil kerja Farihan tau..hehe sorry la ahli bait sbb tak ajak..
Read more »

Friday, February 19, 2010

> Faraulah : strawbery Mesir


Aduh Faraulah oh faraulah..kalau buat jus faraulah + susu memang sedap giler,maaf la kalau sahabat2 kat Malaysia tetibe teringin,tau jer kat Malaysia ada jual, tapi mahal kn? kat Mesir murah jer..orang miskin pun boleh beli.


Cantik dan gebu giler Faraulah ni, geram plk rasenyer..mmg manis giler,klo kat msia tak silap masam sikit..tu tgn saya e..


Gambar ni bukan copy dari internet ek, tapi saya ambil pada hari Jumaat 19hb 02 2010,saya beli di pasar Zawiyyah berharga Le 2.00,( Rm 1.20 ) tetibe plk teringin nkmakan,waktu musim sejuk ni la nak makan puas2..skrg ni nk masuk musim panas dah..susah la nak jmpe lps ni.
Read more »

> Mesir : Pemakaian niqab lenyapkan personaliti wanita?

KAHERAH 18 Feb. - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Nazif menyertai perdebatan mengenai pemakaian 'niqab' (purdah) di negara ini, dengan menyifatkan tudung yang menutup muka itu sebagai pakaian yang melenyapkan personaliti wanita.

Niqab yang disokong pemakaiannya oleh golongan ultrakonservatif 'menghapuskan personaliti seseorang wanita', kata beliau menurut laporan agensi berita rasmi, MENA semalam.

Katanya, niqab ialah isu kebebasan peribadi tetapi tidak seharusnya melanggar kebebasan orang lain.Beliau memberi amaran, terdapat sesetengah pelajar menggunakannya untuk menipu dalam peperiksaan.Namun pihak universiti hendaklah mematuhi keputusan mahkamah pentadbiran yang menolak pengharaman ke atas niqab, katanya.

Mahkamah berkenaan bulan lepas memutuskan pengharaman ke atas pemakaian niqab di sekolah-sekolah perempuan yang bergabung dengan Universiti Al-Azhar sebagai tidak wajar.

Ia juga menolak pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan ke atas pemakaian niqab di asrama universiti dan dewan peperiksaan, dengan menyifatkan pengharaman itu sebagai melanggar kebebasan wanita di sisi perlembagaan.
Kerajaan dan Universiti Al-Azhar sudah menunjukkan tanda-tanda kebimbangan mengenai niqab yang dikaitkan di negara ini dengan aliran Salafi yang kebanyakannya diamalkan di Arab Saudi.

Pemakaian niqab dilihat semakin merebak di Mesir, negara terbesar di dunia Arab, sebahagiannya disebabkan pengaruh yang kian meluas daripada stesen televisyen satelit yang menyiarkan ceramah mengenai ajaran Salafi.


Read more »

Thursday, February 18, 2010

> Boring hari ni

> Assalamualaikum,
Ape khabar kawan2 semua,semoga dalam keadaan sihat, saya dah seminggu xsihat, dahnak dekat 2 minggu sll batuk2 dan selesema jer..badan pun terasa panas..bibir plk terasa kering sentiasa,mgkin perubahan musim sejuk nak ke panas kot..em mgkin la..kebiasaannya mcmtu..dah akut nak telan panadol dah,biarkan jer la batuk ni. Mudah2an keadaan kesihatan saya beransur pulih.

> Badan yang tak berapa sihat sejak2 kebelakangan ni terbantut la sikit nak jalan2..duduk rumah jer..terasa boring sangat, dah berpuluh kali keluar masuk dapur,dan dah berapa kali bukak peti ais..padahal tahu bukan ada ape pun kat situ,tapi nak cite boring yang teramat sgt sekarang ni. Sekarang ni dah pukul 9.50 malam, kawan2 kat Malaysia tgh berdengkur rasanya..

> Bila la nak ada semangat nak baca buku ni,padahal imtihan fasal kedua untuk tahun akhir ni bukannya jauh sgt..nak dekat pun, kalau nak dihitung ngn hari tak sampai 80 hari dah nak imtihan, Ya Allah Berikan semangat padaku, rase sedih pun ada tgk gambar kawan2 yg dah kahwin, em kita bila la lagi yer..mudah2an Allah berikan kekuatan untuk membaca buku, kalau tak pun ada semangat menghafal Al-Quran.

> Musim sejuk dah mula nk berjauhan dariku, musim panas dah mula merasuk diriku, aduh terasa panas plk malam ni, klo dulu tak mandi seminggu pn badan tak berbau, skrg ni sehari tak mandi dah mula org nak mengata,nyamuk pulak dah mula cari pasal nk berperang, pijat pula mula nak bersarang..nasib baik dah buka katil, aduh tilam pun tmpat sarang pijat jugk..aduh!

> dah mula la nak mengarut ni..k la kawan2..doakan saya berjaya dalam kehidupan, doakan saya Farihan Helmy Bin Rasdi sihat.ok wslam
Read more »

Thursday, February 11, 2010

> bayi tidak berdosa



Assalamualaikum..

Kali ni saya terpanggil untuk menulis berkaitan berita utama disemua dada akhbar utama hari ni, satu fenomena masyarakat sekarang yang teruk dan tidak berperikemanusiaan yang sememangnya terjadi pada masyarakat Malaysia sekarang, saya selaku masyarakat yang prihatin terasa teramat-amat sedih apa yg berlaku sekarang.

Mungkin semua sahabat tahu dan terbaca tentang berita ni, terbaru 10hb Feb 2010, satu mayat bayi perempuan dijumpai di hadapan masjid Permatang Duyong Melaka dalam keadaan yg sangat menyayat hati, keadaan mayat bayi yang dihurungi semut. Tergamak betul ibu bayi ni membuang bayinya sendiri semata2 nak menutup malu.

Hanya manusia yang tak waras dan gila sahaja yang tergamak membuang bayinya sendiri..teruk betul..haiwan pun tahu sayangkan anaknya sendiri..ketika dijumpai oleh bilal masjid pada waktu solat subuh, mayat bayi ini berbalut dengan baju putih dijumpai dirumput dalam keadaan dihurung semut. Mayat bayi ni baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

Adalah menjadi impian pasangan yang berkahwin inginkan anak dan bagi pasangan suami isteri yang susah dan belum menerima zuriat berusaha dan bertungkus lumus untuk mendapatkan zuriat, ada pula segelintir manusia dengan mudah nak buang anak sendiri, tak takut kah balasan Allah Taala nnti? tak kesian ker kat bayi yang baru sahaja nak bernafas dimuka bumi Allah ni?nnti terima la hukuman daripada Allah Taala.

Kepada masyarakat semua, insaflah diri dan kembalilah kepangkal jalan, jauhkan diri daripada zina. Mudah2an Allah memberi hidayah dan rahmat pada mereka.
Read more »

> bersua kembali ditahun 2010


Assalamualaikum 2010..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesempatan bersua dgn sahabat2 kali ni walaupun berbulan2 menyepi, pertamanya saya nk memohon ribuan kemaafan pada sahabat2 semua yg sudi mengunjungi blog saya walaupun berbulan2 saya menyepi.. pada sahabat2 di Mesir mahupun di Malaysia terima kasih tak terhingga kerana tak putus2 mengunjungi blog ni walaupun tak seberapa.

Untuk pengetahuan sahabat2 saya di luar sana, saya menyepi bukan untuk selama2nya..tpi berehat seketika kerana nak beri tumpuan pada peperiksaan fasal pertama dan kesibukan hal2 lain..minta maaf sgt6..

Alhamdulillah, sekarang ni cuti fasal pertama selama 2 minggu, insyaallah minggu depan dah mula start kuliah di damanhur dan bakal menghadapi peperiksaan fasal akhir awal bulan 5 nnti..pada keluarga dan sahabat2 semua, doakan saya mudah2an dipermudahkan dan diberi kejayaan dalam peperiksaan fasal kedua untuk tahun akhir kali ni..tak sabar rasanya nak balik ke tanah air tercinta Malaysia.

Kepada sahabat2 saya di Taiping..saya nak minta maaf sbb lama menyepi..insyaallah sekembalinya saya di Malaysia nnti..saya akan cari kamu semua..sedih pun ada jgk..yer la ramai plk kawan2 saya dah kahwin..saya ni bila la lagi?hehe

Insyaallah jika ada kelapangan masa, kita berjumpa lagi..jgn lupa menanti post yang akan datang..ok assalamualaikum.
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz