Monday, July 27, 2009

> Mekah


Kota Mekah Tahun 2020
Read more »

> Buat Sahabat2ku Semua..

27 Julai pukul 12.05 tghri,

assalamualaikum, mungkin ni post saya yang terakhir kot sblm nk berangkat ke Tanah Suci ni..skg ni kt damanhur lagi..setelah 3 kali tangguh daripada tarikh asl 25hb julai hari sabtu, bwk ke hari Isnin 26 Julai dan skg ni bersyukur sgt3 pd Allah Taala sbb tarikh nk berangkat dah diputuskan pada hari 29hb Julai 2009 hari rabu masa 1.00 tghri..saya dah pn call ust Najmuddin dan dia pn dah bgtau yg tiket semua dah beli..

Esok Selasa hari saya berangkat ke Kaherah sblm bertolak keesokannya..semua diminta berkumpul di Mator Kaherah, group kami seramai 23 org dibawah dibwh kelolaan Ust Najmuddin travel..2 org dari Damanhur iaitu saya dan sahabat saya Ust Mukhlis, selebihnya pelajar perubatan dan pelajar Tanta..Kemungkinan saya dan Ust Muhklis akan bertolk dari Ashir naik texsi jer..

Kepada sahabat2 ade kirimkan doa tu I'allah ana akan sampaikan hajat sahabat semua..doakan saya dan sahabat2 lain mudah2an dipermudahkan segala urusan semasa nk menunaikan umrah nnti, mudah2an jgk doa saya disana nnti dimakbulkan oleh Allah Taala.

Rasa2 ini la pos saya yg terakhir sblm berangkat ke Arab Saudi selalma23 hari..iallah kita akan bertemu balik slps 23hari lagi..disamping saya doakan sahabat2 semua, sahbat2 semua jgn lupa doakan saya yerk mudah2an dipermudahkan disana nnti. Dalam fatrah nk menunggu keputusan imtihan yg rasa2 bakal keluar Ahad ni, mudah2an kita semua mendapat kejayaan..saya akan doakan sahabt2 semua..

Doakan saya berjaya dalam keputusan imtihan yg bakal keluar ni..salam ukhwah buat sahabat2 semua..kepada abi umi, kak long dan semua di Malaysia..doakan saya yerk..

akhir kalam..assalamualaikum

Read more »

Saturday, July 25, 2009

Kembar Siam dua kepala di Riau



SEORANG jurucakap Hospital Puri Husada memberi taklimat media mengenai kembar Siam dua kepala di Tembilahan, Riau semalam.


KEHADIRAN kembar Siam di Hospital Puri Husada di sini menimbulkan minat ramai pihak berikutan bayi berkenaan dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan.

Agensi berita Indonesia, Antara semalam melaporkan, bayi lelaki itu berkongsi semua organ penting tetapi mempunyai dua jantung berbeza saiz.

Bayi yang belum diberi nama itu lahir Khamis lalu dengan berat 3.2 kilogram dan kesihatannya baik.

Pengarah hospital, Dr. Rasul Alim berkata, memisahkan bayi berkenaan secara perubatan adalah mustahil.

"Ini adalah kelahiran bayi kembar Siam pertama di daerah Indragiri Hilir, wilayah Riau," kata Rasul.

Kelmarin, Hospital Puri Husada sesak dengan pelawat yang mahu melihat secara dekat bayi istimewa berkenaan. - Agens
Read more »

Thursday, July 23, 2009

> 3 golongan dilarang tunai haji

KAHERAH 23 Julai – Menteri-Menteri Kesihatan Arab semalam sepakat untuk mengenakan sekatan terhadap sesetengah kategori jemaah termasuk warga emas dan kanak-kanak daripada menziarahi kota Mekah dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Mesir, Ibrahim al-Kerdani berkata, ibadah haji dan umrah akan diteruskan dengan beberapa syarat.

“Beberapa kumpulan akan dilarang menunaikan haji, mereka yang melebihi usia 65 tahun dan kurang 12 tahun serta sesiapa yang mempunyai penyakit kronik,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan menteri-menteri kesihatan Arab di sini semalam.

Menurutnya, keputusan tersebut bertujuan menghalang kumpulan berisiko dijangkiti daripada menyertai jemaah haji itu.

“Bagaimanapun keputusan masih belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan setiap negara,” katanya lagi.

Pengarah WHO rantau Mediterranean Timur, Hussein Gezairi menjangkakan Riyadh akan mengesahkan saranan tersebut dan menambah adanya ‘persetujuan’ di kalangan menteri-menteri pada mesyuarat berkenaan.

“Kerajaan Saudi akan menjadikan (syarat ini) sebagai satu kemestian... Tiada sesiapa akan mendapat visa sekiranya ia tidak dipenuhi,” kata Hussein lagi.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al-Rabeeah berkata, kerajaan konservatif itu tidak akan mengehadkan bilangan visa untuk jemaah haji.

“Kami tidak mengubah peratusan untuk mana-mana negara, kami mengubah beberapa peraturan.

“Terpulang kepada negara itu sendiri untuk menggantikan (jemaah haji yang dilarang) dengan jemaah lain,” kata beliau kepada pemberita.

Tambah Abdullah, jumlah jemaah haji kali ini mungkin akan berkurangan.

Katanya lagi, aktiviti umrah juga dijangka mengalami penurunan walaupun jumlah kebiasaan mereka yang melakukan ziarah tersebut dijangka mencapai dua juta orang sebelum musim haji bermula kira-kira lima bulan dari sekarang.

Isnin lalu, Mesir menjadi negara pertama memberi amaran kepada golongan berisiko dijangkiti selepas seorang wanita negara itu menjadi mangsa pertama selesema babi di Asia Barat dan Afrika.

Pegawai kesihatan Mesir menjelaskan, kesemua yang baru pulang dari umrah akan dikuarantin.

Di Iran, seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Selasa lalu berulang kali mengingatkan rakyat berusia lanjut dan kanak-kanak agar mengelak dari melawat Arab Saudi ketika jumlah kes di negara itu meningkat kepada 16 orang.

Arab Saudi sendiri pada bulan lalu memberi amaran kepada warga emas dan wanita mengandung agar tidak mengerjakan haji kerana ancaman selesema babi, diikuti Oman pada 6 Julai lalu. – AFP

- dipetik dari utusan malaysia 24 Julai 09.
Read more »

> wajah baru rumah perak 22hb julai yg lps..


bilik yg sungguh selesa dn cantik


ruang tamu yg luas, cantik sesuai dgn warnanya yg tenang


dapur yang tercanggih setakat ni,harap2 lps ni jgn ada lipas lgi


suasana depan yg luas dan cantik


tangga pinti masuk yang disaluti dn kapet dn ukiran
yg cantik diimport khas dari Iran


lagi gambar bilik dgn warna marmar yg btul2 padan
dgn warna langsir dn dinding


kapet baru,btul2 tebal dn gebu tau


ruang untuk kebilik yg luas


tandas yg lebih selesa dan cantik daripada sblm ni


suasana didepan wisma yg bleh dikatakan agak cantik
dgn hiasan tanaman dan pintu gerbang didepan..


rumah Perak yg saya tangkap khas dari pandangan bwh,
betul2 cantik mcm pejabat SUK perak da..


Rumah Perak yg dah siap 90 peratus,
cume tak bubuh perabot dan rasmi jer lagi.
Read more »

> Sebelum Dan Selepas


Gambar Wisma Darul Ridzuan di Kaherah
( Rumah Pelajar-pelajar Perak Mesir)
yg diambil pada akhir 2007 sebelum dibaik pulih.

Gambar terbaru Wisma Darul Ridzuan yg diambil pada
22hb Julai 2009 selepas dibaik pulih.



Wisma Perak yg diambil pada 2007



Sekarang ( 2009 ) selepas dibaik pulih..cantik giler
Read more »

Tuesday, July 14, 2009

> Santai

Pokok anggur ni ditanam didepan umah ammu ni jer..lebat btul buahny..geram raseny tgk..gambar ni dirakam di Matruh pada pkul 12 tghri 13hb Julai 09 semasa Jaulah Ke Matruh selama sehari anjuran DPM Damanhur Egypt 09


Assalamualaikum..gambar ni saya rakam 13hb Junai 2009 semasa bersiar2 dgn taufik dn Aiman disekitar bandar dipersisiran pantai Matruh..ni la first time tgk pokok anggur dari dekat..selalu duk rajin makan anggur jer..rase2ny kt damanhur ni susah plk nk tgk pokok anggur..gabar di dirakam masa Jaulah Ke Matruh anjuran DPM damanhur 09
Read more »

Tuesday, July 7, 2009

> Jaulah Alexandria 2009


Didepan makam2 imam di Alex


Didepan tugu meghadap ke Selat Inggeris

Didepan Masjid Nabi Danial


Diatas makam Nabi danial dan Lokmanul Hakim.



Didepan Makam Nabi Danial dibwh masjid

Tgh membelek2 cenderahati didepan Kubu Salehuddin Al-Ayubi di Alex



Pening kepala nk pilih mane satu ni..

ambik angin sikit..

Farihan Helmy Bin rasdi kt depan Kubu

kt depan Kubu Salehuddin Al-Ayubi di Alexandria pada 6hb Julai lpas


Selat Inggeris
Read more »

6hb Julai 2009

gambar ni ditangkap 2hari lepas ketika saya dan rakan sedang bersiar2 di Alex, perhatikan betul2..itu budak prmpn berumur setahun stgh kot tgh dihurungi lalat dibiar mcmtu jer..mane la mak dia..kesian tgk dia..slamber dog jer biar mcm tu..tgh nangis2 budk tu..


gambar ni ditangkp pada 6hb Julai 2009 di perkarangan Masjid Abi Abbas Al Mursi di alexandria..sekarg ni musim buah kurma berbuah..geram tgk!
Read more »

Sunday, July 5, 2009

> siapa ni?


alo3....comelnyer sgt6..1985
Read more »

> M.T.I



GAMBAR DIATAS IALAH PEJABAT MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH, ZAMAN SAYA DULU, KAT ATAS TU LA TEMPAT UNTUK MENDENDA PELAJAR YANG MEMBUAT KESALAHAN..SELALUNYA KENA ROTAN LA..TAPI SAYA XPENAH KENA LA,SBB SAYA PELAJAR YANG BAIK,HEHE....SEKARANG NI XDE LAGI..



IMBAS KEMBALI, INILAH SEKOLAH MENENGAHKU, MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH BATU 8, JALAN TERUNG,34850 CHANGKAT JERING, TAIPING PERAK DARUL RIDZUAN, SEMASA ZAMAN SAYA TAHUN 1998 - 2002, INILAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT ANTARA YANG TERTUA DAN YANG PALING RAMAI PELAJARNYA DI PERAK KETIKA ITU, SEKOLAH NI BANYAK MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG SEHINGGALAH SEKARANG..GAMBAR DIATAS IALAH BILIK BELAJAR






Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz