Tuesday, April 21, 2009

> Coklat Import Ada Lemak Babi

Coklat enak import didakwa ada lemak babi


KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Read more »

Saturday, April 18, 2009

> Serunding BABI pakai logo halal

Serunding babi pakai logo halal


SERUNDING Sapi Gurih cap Kepala Sapi buatan Indonesia ini antara produk yang disahkan mengandungi daging babi.


JAKARTA - Berikutan penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada daging babi di pasaran, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, pelancong Malaysia terutama yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (polymerase chain reaction),'' kata Ketua BPOM, Husniah Rubiana Thamrin, seperti dipetik akhbar tempatan, Republika, semalam.

Jenama-jenama itu ialah:

Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram.

Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu)

Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C.

Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)

Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah berkata, satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda 'halal' yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) manakala pengeluar lain pula menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Tidak dapat dipastikan sama ada produk itu telah dieksport ke Malaysia secara besar-besaran tetapi di kalangan pelancong Malaysia, serunding dan daging salai tempatan memang digemari untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. - Bernama

Read more »

Wednesday, April 15, 2009

UNTA KLON PERTAMA DUNIA

UAE cipta unta klon pertama dunia


GAMBAR menunjukkan anak unta klon pertama dunia di sebuah lokasi di Dubai, UAE.



DUBAI - Seekor anak unta klon pertama di dunia berjaya dihasilkan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), kata seorang penyelidik Pusat Pembiakan Unta (CRC), Dr. Nisar Wani.

Unta klon itu diberi nama Injaz dan dilahirkan pada 8 April lalu selepas lima tahun saintis-saintis CRC dan Makmal Penyelidikan Veterinar Pusat melakukan penyelidikan.

"Penemuan penting ini memberikan cara bagi memelihara genetik unta kita yang sangat berharga untuk perlumbaan elit dan penghasilan susu di masa depan," kata Pengarah Saintifik CRC, Dr. Lulu Skidmore.

Injaz yang bermaksud pencapaian dalam bahasa Arab merupakan klon daripada seekor unta betina yang disembelih bagi ibadah korban pada 2005.

Saintis-saintis CRC menggunakan ekstrak asid deoksiribonukleik (DNA) sel ovari unta itu dan dimasukkan ke dalam telur yang diambil daripada seekor ibu tumpang untuk menghasilkan embrio klon. - Agensi

Read more »

4 MUMIA TERCANTIK DI DUNIA DITEMUI DI KAHERAH MESIR!!

4 mumia antara tercantik ditemui


GAMBAR menunjukkan dua keranda mumia yang ditemui di tenggara piramid Illahun di Mesir.



KAHERAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui sebuah perkuburan purba yang menempatkan berpuluh-puluh mumia yang dianggap antara paling cantik dan berusia lebih 4,000 tahun di tenggara piramid Illahun, Fayoum, lapor sebuah akhbar semalam.

Kerja-kerja ekskavasi yang ditaja Majlis Antikuiti Mesir itu berjaya menemui 53 makam mumia.

Ketua Majlis Antikuiti Mesir, Zahi Hawass menganggap empat daripada mumia yang dipercayai berasal daripada Dinasti Ke-22 (931 hingga 725 Sebelum Masihi) itu adalah antara yang paling cantik pernah ditemui.

Penemuan itu berlaku kurang dua bulan selepas Zahi mengumumkan penemuan 30 mumia dalam sebuah kubur di piramid tertua dunia, Saqqara.

Mumia-mumia itu diletakkan di dalam keranda kayu yang dibungkus dengan kain linen serta dicat menggunakan warna tradisi Mesir purba iaitu emas, firus dan terracotta. - Agensi

Read more »

> Pokok dalam paru-paru

Doktor temui pokok dalam paru-paru


POKOK setinggi lima sentimeter ditemui dalam paru-paru Sidorkin.



Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.


IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. - Agensi

Read more »

LELAKI TERTINGGI DI DUNIA DICATAT

Rekod lelaki tertinggi dunia musnah


Gambar fail menunjukkan Liang diukur oleh dua wanita dewasa.


BEIJING - Seorang lelaki menjalani pembedahan pada bahagian kakinya di sebuah hospital di China sebelum disahkan oleh doktor bahawa dia adalah 10 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod lelaki tertinggi dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Lelaki itu, Zhao Liang, 27, mempunyai ketinggian 2.46 meter ketika menjalani pembedahan di sebuah hospital di Tianjin bagi mengurangkan kesakitan akibat cedera 10 tahun lalu.

Ketika doktor itu melakukan pemeriksaan, dia mendapati Liang adalah lebih tinggi berbanding rakan senegaranya, Bao Xishun yang diiktiraf Guinness World Records sebagai lelaki paling tinggi dunia.

Agensi berita Xinhua menyatakan Liang masih belum mendapat rekod itu kerana dia masih belum diukur oleh Guinness.

Karier bola keranjang Liang musnah kerana kecederaan di kaki itu menyebabkan dia menganggur hingga 2006.

Doktor berkata, Liang boleh berjalan seperti manusia normal lain dalam tempoh dua bulan selepas pembedahan tersebut.

Dia tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan berhubung ketinggiannya.

Xishun, 57, diiktiraf Guinness sebagai lelaki tertinggi dunia pada 2005 dengan ketinggian 2.36 meter. - AFP

Read more »

Thursday, April 2, 2009

SEBELUM DAN SELEPAS TRANSFORMASI

Farihan 2 April 2009 selepas solat Isya' pkul 10.00 malam

terkini 2 April 2009


selepas transformasi

ruang tamu yang telah diubah suai

lebih kelihatan kemas dan cantik

Sofa yang berwarna merah mmg padanlah dinding yang berwarna merah hati
dan putih ditambah limpahan lampu dinding baru

Sebelum transformasi,dgn dinding tak cat nye..buruk, gambar akhir tahun 2007

Tahun 2008

awal 2008

ruang tamu sebelum diubah


Read more »

BAYI DALAM PLASTIK SAMPAH

Wanita terkejut dengar suara bayi merengek dalam plastik

SEREMBAN 1 April – Seorang wanita yang ingin membuang sampah menjerit ketakutan apabila mendapati sebungkus plastik hitam yang diletakkan di luar rumahnya di Taman Senangin, Senawang dekat sini mengandungi seorang bayi perempuan.

Bayi malang berusia sebulan itu ditemui merengek dalam plastik tersebut yang diikat, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Wanita berusia 30-an itu mulanya ternampak plastik tersebut bergerak-gerak. Dia kemudian membuka ikatannya dan menjerit setelah melihat bayi yang masih sihat itu dibuang dalam plastik berkenaan.

Ini merupakan kes ketiga bayi dibuang di sekitar Senawang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Bermula dengan kes penemuan janin bayi yang digilis kenderaan di Taman Marida pada 14 Mac lalu, mayat seorang bayi perempuan yang berusia empat bulan ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi berkenaan ditemui di tempat pembuangan sampah di rumah wanita itu yang kemudiannya menghubungi polis.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi perempuan ini. Kita akan mencari individu yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan dibuang di situ beberapa jam sebelum ia ditemui. Hasil siasatan awal polis mendapati, bayi perempuan itu berkemungkinan berbangsa Melayu.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk menjalani pemeriksaan dan diberi rawatan.

“Bayi malang itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu,” jelas beliau.

Menurut Saiful Azly, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu memburu mereka yang melakukan jenayah itu.

Pada 14 Mac lalu, satu janin berusia hampir empat bulan dan digilis kenderaan pacuan empat roda ditemui seorang pemuda di Taman Marida. Janin itu dibuang dalam sebuah beg plastik sampah berwarna biru.

Kelmarin, mayat bayi perempuan yang berusia 14 minggu ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang oleh seorang penjaga kubur. Turut ditemui, satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat bayi malang berkenaan.

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"islamic Template" designed by hafidz